KEBERSIHAN itu sebahagian daripada iman. Walaupun begitu, segelintir masyarakat diperhatikan masih belum mampu membudayakan sepenuhnya amalan ini di tempat awam. Melalui satu video tular di laman TikTok oleh LKP, seorang warga emas dikenali sebagai Tokki dilihat turun padang membersihkan Pantai Penarik, Setiu, Terengganu yang dicemari sampah sarap dibuang pengunjung. Tokki menyedari kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Menurut Tokki, antara penemuan sampah paling tidak boleh diterima akal adalah lampin bayi yang dipenuhi najis. "Inilah satu perbuatan yang paling tidak baik, kita perlu bertanggungjawab dengan tempat tinggal kita sebab kalau kalian nak tahu, lampin bayi ni ambil masa beratus tahun baru boleh hancur dan sebati dengan alam. ARTIKEL BERKAITAN: Lepas puas ‘healing’ tinggal sampah! Penduduk tepi sungai penat hadap pengunjung pengotor, lampin bayi pun ada ARTIKEL BERKAITAN: Gempak, laju lain macam! Pelajar terbangkan ‘racing drone’ atas sungai ketika berkhemah rupa-rupanya juara dunia - “Rakyat Malaysia pun boleh” "Tokki rasa kurang senang dengan benda ni, kalau bawa anak bercuti, bawa pulang sekali lampin mereka. Jangan tinggal tahi untuk orang lain. Kalau tinja tu bau wangi tak mengapa la juga. "Tanggungjawab ini harus dipikul bersama kerana ini adalah bumi kita semua.Tuhan dah bagi pinjam alam, oleh itu jagalah sebaik-baiknya," pesan Tokki. Dalam pada itu, Tokki turut berharap pengorbanannya membersihkan pantai dapat membawa perubahan kepada masyarakat. Kita semua harus mula ada rasa tanggungjawab sebelum terlambat. WARGA MAYA "Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua kerana berbakti kepada negara untuk mengutip sampah, InsyaAllah," ujar Tokki menutup bicara. Melewati ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan supaya Tokki dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki atas jasanya yang tidak terbalas. "Saya daripada golongan muda tersentuh dengan pesanan Tokki, mereka yang sudah lanjut usia lebih makan garam, kita semua harus mula ada rasa tanggungjawab sebelum terlambat. Pelayar menzahirkan ucapan penghargaan. "Hanya tinggalkan kenangan di tempat yang kita lawati, bukan sampah, tak kisah la walau sekecil mana pun. Nanti alam akan merana kalau kita terus bersikap endah tak endah. "Saya kalau basuh berak anak dalam tandas pun saya buang lampin dekat tong sampah, macam mana boleh ada yang terfikir nak buang macam tu je dekat pantai. "Dulu saya selalu jumpa pakcik ni, saya panggil dia 'Pakcik Assalamualaikum' sebab dia suka bagi salam kalau jumpa sesiapa pun," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube