GARA-GARA lubang kecil di tengah jalan, dua pemuda yang menaiki motosikal berdepan detik cemas. Berdasarkan perkongsian pemilik akaun dengan nama Walikiffeli di TikTok, insiden itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). "Setiap minggu kawan tolong hantarkan ke TBS untuk balik kampung. Pemuda itu dibantu seorang pemandu e-hailing. "Kali ini ujian... lagi 15 minit bas nak jalan, kami langgar lubang," ujarnya memulakan cerita. Menurut pemuda itu, akibatnya rim motosikal milik rakannya itu mengalami kerosakan hingga menyebabkan perjalanan mereka terbantut. Menerusi perkongsian sama dia menunjukkan kedudukan lubang di tengah jalan yang membahayakan pengguna jalan raya. Dia turut menunjukkan keadaan motosikal milik rakannya itu sambil menyatakan rasa serba salah di atas apa yang berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: 4 beranak naik motor balik kampung, kena hadap adik-adik kerja bagus... Bagi duit raya RM2, anak-anak buah tak nak ambil ARTIKEL BERKAITAN: Hanya diizin balik kampung setahun sekali, wanita minta cerai! Suami terkedu, insaf lepas dengar luahan isteri... kini hidup lebih harmoni "Habis pecah rim (motosikal) member. Tetap dia utamakan saya, sebab sudah lewat. Rasa serba salah sangat," katanya lagi. Ketika berdepan ujian itu, dia tidak menyangka seorang pemandu e-hailing memberhentikan kenderaan bagi menghulurkan bantuan. "Allah hantar lagi orang baik datang bantu. Pakcik Grab ni berhenti, hantarkan saya. Nak bayar (tambang), dia tolak (tak terima). Mungkin ada kebaikan yang sudah kamu lupa... menjadi asbab Allah permudahkan urusan kamu. NETIZEN "Tapi apa yang paling tersentuh sekali, kata-kata dia. Tak perlu bayar, dia suruh cepat nanti tertinggal bas... tak sempat. "Ya Allah semoga dipermudahkan urusan orang-orang baik ni. Murahkan rezeki mereka," ujarnya yang terharu ujian dan aturan Allah untuknya pada hari kejadian. Menerusi ruangan komen pemuda itu memberitahu hasil bantuan pemandu e-hailing terbabit dia berjaya sampai ke TBS lima minit lebih awal daripada jadual pergerakan bas yang ingin dinaikinya. Komen netizen di TikTok. Perkongsian pemuda itu meraih pelbagai reaksi netizen yang terharu dengan kebaikan pakcik berkenaan. "Ada kebaikan yang kita buat, sedar atau tidak. Kadang nak dibalas pun, 'cash' je. "Baiknya pakcik tu. Semoga Allah limpahkan rezeki melimpah ruah pada pakcik. "Mungkin ada kebaikan yang sudah kamu lupa. Menjadi asbab Allah permudahkan urusan kamu. Jangan jemu jadi orang baik," ujar netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube