BUKAN sekali dua kita dihidangkan dengan kisah individu yang terjerumus ke 'lembah' hutang gara-gara bertindak menjadi penjamin bagi urusan pinjaman membabitkan saudara-mara atau pun kenalan. Dalam satu hantaran tular di Facebook, seorang pelayar berkongsi kisah melibatkan arwah ibunya yang berniat baik membantu seorang sahabat, namun tidak menyangka pengakhirannya mendukacitakan. Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti ini, arwah ibunya bersetuju menjadi penjamin untuk anak rakan baiknya yang melanjutkan pelajaran ke luar negara di bawah pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ujarnya, dia dan adik-beradiknya tidak menduga apabila menerima sepucuk surat daripada pemiutang menyatakan terdapat tunggakan pinjaman sekitar RM53,000 yang masih belum dilunaskan. Individu yang berjaya menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan wajib membayar semula pinjaman pelajarannya. -Gambar hiasan "Penjamin kedua ialah ibu saya dan telah meninggal dunia lima tahun lalu. Menjamin anak rakan baiknya ketika belajar di luar negara. "Peminjam tidak lagi dapat dihubungi bertahun-tahun. Penjamin pertama ialah ibunya, juga telah meninggal dunia," tulisnya dalam hantaran tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Surat hutang Mara kejutkan keluarga! ‘Kejar’ arwah bapa sebab jadi penjamin, peminjam 1 sen pun tak pernah bayar ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu jadi penjamin ‘loan’ kereta abang, adik serba salah nak tolak... Risau bermasam muka, banyak terhutang budi Tambah individu tersebut, apa yang merisaukan dia dan adik-beradiknya adalah, surat berkenaan menyatakan satu tuntutan akan dikemukakan di mahkamah sekiranya jumlah berkenaan gagal diselesaikan dalam tempoh dinyatakan. Bimbang perkara berkenaan memberi kesan kepada ibunya yang sudah meninggal dunia, individu berkenaan berkata dia dan adik-beradiknya mengambil tanggungjawab untuk menguruskan hutang melibatkan arwah. Pengalaman almarhum bapa saya menjadi penjamin anak kawan dia berakhir dengan pergaduhan. NETIZEN "Dapat hubungi pihak MARA. Cuma emelkan surat rasmi dan sijil kematian ibu. Hanya akan lambatkan proses mahkamah. "Cuma mengikut hukum Islam, urusan arwah di 'sana' akan tergantung sebab ini dikira hutang memandangkan arwah sudah bersetuju semasa sign sebagai penjamin. "Untuk selesaikan kes ini, waris ibu perlu membayar satu pertiga daripada jumlah tersebut iaitu sekitar RM18,000. "Kami akan usaha mencari peminjam atau solusi akhir, adik-beradik akan berkongsi supaya tidak memberi kesan buat ibu di 'sana' kelak," tulisnya sebelum mengakhiri hantaran dengan pesanan agar warga maya berhati-hatilah sebelum menjadi penjamin. Hantaran individu berkenaan mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya tampil memberikan kata-kata semangat, selain berkongsi pengalaman masing-masing. Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. "Masa nak suruh orang jadi penjamin bukan main lembut gigi daripada lidah. Berhati-hati nak jadi penjamin walaupun adik-beradik sendiri. "Pengalaman almarhum bapa saya menjadi penjamin anak kawan dia berakhir dengan pergaduhan. Bapa paksa ayah peminjam langsaikan hutang anak dia. "Suami saya pun kena... jadi penjamin anak kawan dia. Bapanya dah mati, anaknya tak bayar. Jadi MARA hantar surat dekat rumah cakap dia tak bayar," demikian antara komen netizen. Namun, segelintir netizen menyarankan individu berkenaan membawa perkara tersebut kepada pihak pemberi pinjaman agar peminjam diletakkan tanggungjawab penuh untuk melangsaikan pinjamannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube