TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Amni Hanania berkongsikan kisah yang membuatkan hatinya berbunga-bunga. Selaku penjual nasi lemak bunjut di Tanjung Rambutan, Perak, Amni sungguh tidak menyangka jualannya akan licin diborong seorang hamba Allah selepas 10 minit membuka gerai. Amni berbangga dengan pencapaian perniagaannya setakat ini. Bercerita lanjut kepada mStar, Amni berkata individu tersebut membeli nasi lemak dalam kuantiti yang banyak kerana mahu menganjurkan jamuan. "Pakcik tu bukannya pelanggan tetap di gerai saya, sebenarnya kali pertama dia datang membeli. Difahamkan pada mulanya, pakcik tu dah order nasi lemak dekat tempat lain tapi peniaga tersebut batalkan saat akhir. "Jadi dia pun segera keluar cari nasi lemak, kebetulan pula dia lalu depan gerai saya, itu yang dia terus datang beli. Waktu tu saya belum selesai sepenuhnya lagi buka gerai, tengah pacak meja dan susun makanan. ARTIKEL BERKAITAN: Penjual nasi lemak marah ada orang minta bantu bayarkan bil elektrik! Diri sendiri pun susah, untung bukan juta-juta ARTIKEL BERKAITAN: “Umi cakap dengan siapa?” - Anak-anak meraung ketakutan, kedai nasi lemak kegemaran tutup tapi ibu bersemangat buat pesanan "Pakcik tu minta 40 bungkus nasi lemak, tapi saya cuma ada 32 bungkus je hari tu, dia pun beli semua. Sebungkus nasi lemak bunjut harga RM2, pakcik tu bayar semua sekali RM64. "Dia beli juga kuih-muih lain dalam kuantiti yang banyak. Alhamdulillah memang saya bersyukur sangat, laku betul hari tu, terima kasih orang baik," ujar Amni berpuas hati. Sehingga kini video yang dikongsikan Amni meraih lebih 263,000 tontonan di TikTok. Dalam pada itu bercerita lanjut tentang kelibat seorang pelanggan dalam video sama yang dikatakan 'bengang' kerana tidak dapat membeli nasi lemak pada hari berkenaan, Amni menjelaskan ia sekadar gurauan. Mungkin kehadiran pakcik tu salah satu asbab rezeki saya dimurahkan. AMNI HANANIA PENIAGA "Saya saja letak kapsyen mengundang, kononnya pelanggan beratur dekat belakang kempunan sebab nasi lemak dah habis kena borong, abang tu okay je sebenarnya, tak marah pun. "Dia memang dah selalu datang gerai saya, hari lain boleh merasa lagi nasi lemak ni. Bukannya terus terlepas peluang, pesanan ni kepada netizen yang kecam saya sebab jual semua nasi lemak dekat pakcik tu seorang," kata Amni berseloroh. Bermula daripada kejadian itu, Amni berkata dia mula menambah kuantiti nasi lemak di gerainya. Nasi lemak bunjut air tangan Amni menjadi rebutan penduduk sekitar. "Kalau dulu saya masak nasi lemak dalam 40 bungkus je sehari, kadang-kadang 50 paling banyak. Kini saya perbanyakkan sampai 100 bungkus selepas kejadian pakcik tu borong semua nasi lemak. "Mungkin kehadiran pakcik tu salah satu asbab rezeki saya dimurahkan, sekarang 100 bungkus nasi lemak pun boleh habis dalam masa sehari. "Sampai ada pelanggan beratur awal depan gerai sebelum saya mula berniaga semata-mata nak beli nasi lemak. Syukur sangat atas kurniaan ni," ujar Amni menutup bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube