suria

Dua budak terpegun tengok Kak Ros seksi, Tok Dalang kaki intai... Wanita terkejut Upin Ipin tiruan versi Indonesia penuh unsur lucah!

Animasi kartun Upin Ipin dari negara seberang yang mengandungi unsur lucah (kanan).

MAJORITI kanak-kanak sememangnya gemar menonton apa jua jenis kartun atau rancangan, khususnya menerusi laman perkongsian video YouTube.

Pantang diberi peluang 'memegang' gajet oleh ibu bapa, pasti mereka leka menonton sehingga ada kalanya menangis apabila mahu diambil semula.

Kecoh di media sosial mengenai luahan seorang ibu yang melahirkan kebimbangannya apabila terserempak dengan dua kanak-kanak sedang menonton kartun animasi popular di telefon bimbit yang memaparkan adegan tidak senonoh sambil bergelak ketawa.

pic 2 new

Ibu bapa perlu memantau penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak. -Gambar hiasan

"Saya nak berpesan kepada ibu bapa sekalian, sesibuk mana pun kalian, awasi apa tontonan anak-anak.

"Tadi dekat taman, terkejut saya tengok ada budak-budak umur tujuh atau lapan tahun tengok cerita Upin Ipin (tiruan) versi Indonesia.

"Memang sangat-sangat lucah. Tok Dalang intip Kak Ros. Budak-budak yang tengok tu ketawa tanpa mereka faham. Ngeri sangat!" tulisnya dalam hantaran di grup Facebook Tragedi Apa Hari Ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ketagih main phone, semua terbongkar bila skrin rosak! Ibu nyaris pengsan staf kedai gajet tunjuk ‘folder rahsia’

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan rasa ‘kotor’, ketagih video lucah sejak usia 8 tahun! Lepas nampak ibu bapa berasmara, terus cari ‘online’

Wanita itu dalam masa yang sama menggesa agar pihak berkuasa lebih tegas membuat pemantauan dan sekatan terhadap mana-mana saluran atau kandungan yang mengandungi unsur lucah.

"Harap-harap ada yang ambil tindakan terhadap YouTuber Indonesia ini. Harap ibu bapa selalu awasi anak-anak juga... jangan jadi pemalas sangat," tulisnya.

Hantaran wanita berkenaan turut disokong seorang lagi pelayar, Hana Ab Hakim yang berkongsi pengalaman serupa.

Perkataan dan bahasa pun sangat kurang ajar, entah apa-apa copy kartun orang lepas tu buat versi tak senonoh.

NETIZEN

"Semalam pergi makan luar, ada dua orang budak, emaknya bagi telefon. Seorang tu dok tengok cerita beginilah, tunjuk payudara besar Kak Ros.

"Lalu nak ke sinki, terjeling tengok. Dalam hati nak tegur ke tak... kalau ku tegur, nanti takut jadi gaduh.

"No judge pada parents yang beri telefon dekat anak, tapi please, off internet kalau rasa tak boleh pantau apa anak tengok," tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen sehingga meraih 333 shares di Facebook.

komen budak

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-rata golongan ibu bapa meluahkan kebimbangan dengan kandungan rancangan kanak-kanak yang sudah banyak dicemari unsur porno.

"Masya-Allah pelik-pelik sajalah otak orang zaman sekarang ni. Biadab betul buat benda-benda macam ni.

"Perkataan dan bahasa pun sangat kurang ajar, entah apa-apa copy kartun orang lepas tu buat versi tak senonoh.

"Handphone aku dengan suami disable terus YouTube ni. Dan tak ajar anak buka di Google. Kadang anak tekan-tekan able balik YouTube tu melalui games. Terus disable balik. Kena rajin pantau," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain