PEJUANG TTC atau pasangan yang cuba untuk hamil pasti melakukan pelbagai perkara agar rumah tangga dipenuhi gelak tawa daripada zuriat sendiri. Namun tidak semua dikurniakan rezeki memilikinya meskipun usia perkahwinan sudah mencecah belasan tahun. Bagaimanapun kesedihan tersebut tidak setanding dengan cercaan orang sekeliling terutama sanak saudara dan sahabat handai. Menerusi hantaran di Facebook, seorang wanita berkongsi rasa kecewa apabila rakan suaminya bukan sahaja menghina malah menjatuhkan maruahnya sebagai wanita dan isteri. Anak sering dianggap sebagai penyeri rumah tangga. -Gambar hiasan "Suami cerita, kawan dia menjatuhkan maruah saya di depan dia dan kawan-kawan yang lain. "Kawan dia cakap, dah berapa tahun kahwin tapi tak lekat-lekat (hamil) lagi... bagi orang lain test (lakukan hubungan intim) takut lekat," luahnya dalam nada kesal. Mengakui sedih dengan perkara tersebut, dia yang TTC selama empat tahun bagaimanapun cuba mengawal perasaan daripada terus beremosi dan marah. Tambahan pula, dia melihat suaminya bercerita sambil menangis dengan tangan terketar-ketar. ARTIKEL BERKAITAN: TTC 4 tahun... Isteri sayu tengok suami senyum, ketawa sendirian tonton video bayi! Mengaku mandul ditanya orang sekeliling ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pejuang TTC sayu ‘malaikat kecil’ hadir dalam tempoh idah... Bekas suami tengah seronok buat persiapan kahwin lepas raya "Suami bercerita sampai menitis air mata dan terketar-ketar tangan dia. "Suami cakap, dengan perkataan (apa yang dikatakan) tu, terhinggaplah tamparan di pipi rakannya," tambahnya lagi. Menurut wanita ini, suaminya meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana rakan-rakannya bukan sahaja tiada rasa simpati tapi lebih mengundang marah apabila tergamak menyamakannya dengan pelacur. Bagus suami memihak pada awak... lelaki tu tak tahu atau lupa yang kifarah tu ada. Malah katanya, sebelum ini hanya dia yang sering berhadapan dengan kejian dan hinaan orang. Justeru tidak menyangka suaminya juga menjadi bahan jenaka rakan-rakan sejenis. Luahan yang dibuatnya itu mengundang simpati warga maya. Warga maya meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan yang dibuatnya. Selain berkongsi pelbagai petua dan kaedah perubatan tradisional, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya agar terus bersabar dengan dugaan yang diterima. "Saya sokong tindakan suami awak, harap lepas ni dia tak berani buat macam tu lagi. "Bagus suami memihak pada awak, tak apalah. Lelaki tu tak tahu atau lupa yang kifarah tu ada... tak jadi pada dia, esok lusa pada anak dia atau saudara perempuan dan keturunan dia. "Astaghfirullahalazim. Orang begitu akan diuji dengan apa yang dia cakap. Puan dan suami carilah kebahagiaan diri sendiri dan abaikan manusia negatif macam tu. "Doa saja pada Allah, saya perkahwinan pertama 15 tahun. Apa je yang orang tak kata dan lebih dasyat lagi... sekarang anak-anak mereka pula yang terkena," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube