BERIMAN kepada hari akhirat merupakan salah satu rukun iman yang perlu menjadi prinsip kehidupan setiap Muslim. Sebagai umat Islam, kita juga perlu memperbanyakkan ibadah sebagai persiapan untuk berdepan kiamat serta alam akhirat yang kekal abadi. Di aplikasi TikTok, seorang perawat alternatif wanita tular gara-gara kenyataan kontroversinya yang mendakwa kiamat telah berlaku. Wanita ini meminta orang ramai mengkaji setiap video yang dihasilkannya untuk memahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan. "Dunia dah kiamat ya. Kalau nak ikut saya, ikut. Kalau nak naik kapal sekali dengan saya, ikut saya... ikut apa saya cakap. Saya kata mengenal, cari Allah "Jangan hirau kisah-kisah dunia, awak fokus ibadah. Kalau tak faham, tanya. "Kita dah kiamat, hanya kiamat besar belum. Kiamat besar terjadi dalam satu hari. Sekarang kita dah kiamat," ujarnya. You pergi profile, kaji content saya dari awal, you akan dapat jawapan. PERAWAT WANITA Dalam perkongsian sama, wanita itu turut berpesan kepada penonton agar memperbanyakkan amalan baik dan meninggalkan segala larangan-Nya. "Jadi jangan sibuk-sibuk hal orang. Kita baiki diri, luruskan diri kita. Kita kenal Allah, jaga ibadah, jaga mengaji, kita buat baik. Ada duit, sedekah. "Nak buat baik, buat... jangan tangguh-tangguh. Benda yang tak tenangkan kita, tinggal. Kita fokus diri kita. Kita kena kesian diri kita, kena sayang diri kita dan sayang Allah. Sayang orang terdekat dengan kita. ARTIKEL BERKAITAN: Percaya dunia nak kiamat, makcik jual semua harta! Kini kena duduk di pondok, dulu pernah sindir Ustaz Kazim ARTIKEL BERKAITAN: “Dunia dah nak kiamat, sewa je” - Netizen sepakat twit gurauan isu beli rumah ada maksud tersirat, setuju bukan masa sesuai tambah hutang "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Kita kena beringat," ujarnya menerusi video yang meraih lebih 300,000 tontonan di aplikasi TikTok. Menerusi platform sama, wanita itu turut memperkenalkan dia sebagai motivator dan dia meninggalkan nombor telefon jika ada sesiapa yang mahu mendapatkan rawatan dengannya. Memiliki lebih 36,000 pengikut, wanita itu berkata dia sering dihujani banyak soalan daripada orang ramai dan akan menjawabnya menerusi videoyang dikongsi di TikTok. "Saya tak jawab dalam telefon. Saya jawab dalam status dan content saya. Jadi awak kajilah content saya sebab content saya adalah ilham. Tangkap layar video wanita ini yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok. "Saya kumpul semua yang beribu chat tanya saya masalah tu, kalau saya tak jawab dalam telefon, lambat jawab WhatsApp, awak jangan meroyan. Awak kaji content saya, saya jawab dalam content. "Setiap pertanyaan you, saya tahu. Setiap pertanyaan yang you nak tanya, yang you belum lafaz, saya tahu apa you nak tanya. Saya jawab dalam satu content. "You pergi profile, kaji content saya daripada awal, you akan dapat jawapan. Itu cara jawab satu nafas, Saya bukan scammer, tapi itulah saya. Saya guna ilmu roh," ujarnya. Selain video berkaitan kiamat, dia juga ada membuat perkongsian tentang dajal, saka, sihir, ilmu tutup pandangan, tip harmoni hubungan suami isteri dan pelbagai topik lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube