PENDEDAHAN tentang isu-isu sosial sehinggalah pembunuhan kejam di akhbar dan media sosial menyebabkan kebanyakan ibu bapa memilih untuk mengawal segala pergerakan dan aktiviti anak-anak terutama di usia remaja. Situasi tersebut mendorong pula kepada peningkatan masalah kesihatan mental kerana golongan tersebut merasakan diri mereka dikongkong. Bagaimanapun, kebiasaannya ibu bapa akan mula memberi kebebasan apabila anak-anak sudah melepasi usia 18 tahun. Kebanyakan anak gadis mengimpikan kehidupan yang bebas bersama rakan. -Gambar hiasan Berbeza pula dengan situasi yang dialami wanita ini apabila dia masih dikongkong ibu bapanya meskipun sudah mencapai usia 24 tahun. "Mak ayah tak bagi saya keluar rumah langsung, apa patut saya buat? Saya dah dewasa dan berumur 24 tahun," luahnya menerusi hantaran di Facebook. Lebih mengejutkan apabila dia juga tidak dibenarkan keluar untuk bekerja mahupun membeli barang keperluan peribadi seperti wanita lain seusia dengannya. ARTIKEL BERKAITAN: Gen Z mengadu mak ayah sibuk main telefon, tak fokus anak-anak nak luah perasaan... Siap ‘mengumpat’ malukan zuriat sendiri! ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ketakutan di rumah sendiri! Mak ayah nak beri didikan terbaik dirasakan mengongkong, peraturan amat ketat Mengakui tertekan dan stres dengan situasi dialami, dia berharap pengikut di media sosial memberi cadangan mahupun nasihat untuk dia melalui fasa tersebut. "Tak bagi keluar kerja, beli barang apa-apa pun tak boleh. Saya stres sangat, tolong bagitahu apa yang saya boleh buat," rayunya lagi. Luahannya itu mendapat perhatian warga maya. Mungkin kisah silam awak berat... jadinya tunggu orang datang meminang. WARGA MAYA Ramai yang menasihati dan menyatakan apa yang dilakukan ibu bapanya adalah demi kebaikan dirinya. Bagaimanapun menerusi komen balas yang diberikan, dia dilihat seolah-olah enggan menerima kata-kata nasihat daripada warga maya. Bukan itu sahaja, dia turut menjadikan isu keagamaan sebagai punca dia dikongkong kedua-dua orang tuanya. Warga maya cuba memberi kata-kata nasihat kepadanya. "Mereka kuat agama, tak pernah bagi pegang duit. Kalau keluar pun dalam setahun ada beberapa kali sahaja... itu pun dengan mereka. "Saya guna telefon ni pun tanpa pengetahuan mereka, teman lelaki yang berikan termasuk kredit tambah nilai," ujarnya. Susulan itu, warga maya tampil dengan reaksi kurang senang dan hairan bagaimana dia yang mendakwa diri dikongkong ibu bapa boleh mendapatkan telefon bimbit daripada teman lelaki. "Dalam kena kepung kiri kanan dengan mak ayah sampai tak boleh keluar rumah, sempat lagi kau ada boyfriend ye. "Mungkin kisah silam awak berat... jadinya tunggu orang datang meminang. "Dik kau memang ada masalah... kat komen bawah kau cakap pinjam telefon mak ayah dalam diam kemudian cakap pakai telefon teman lelaki siap dia top up. Mungkin sebab itulah mak ayah awak tak bagi keluar," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube