SESI penyerahan kad laporan prestasi murid-murid di sekolah menjadi medan pertemuan antara guru-guru dan ibu bapa. Walaupun anak yang menduduki peperiksaan dan mengikuti sesi pembelajaran, ibu bapa turut merasai debarannya ketika mengambil kad laporan. Seorang bapa berkongsi tentang kunjungannya ke sekolah bagi mengambil buku laporan prestasi akademik anaknya. "Tadi abang hadir perjumpaan dengan guru-guru di sekolah. Selesai perbincangan, kena ambil keputusan anak-anak dengan guru kelas pula. Murid-murid berdebar menantikan keputusan kad laporan masing-masing. -Gambar hiasan "Masa beratur, ada brother kat depan abang tengah dengar laporan prestasi anak perempuan dia. Agak teruk juga la dengarnya," kongsi lelaki berkenaan menerusi Facebook Abam Trafik. Pemuda berkenaan yang juga anggota polis trafik juga terdengar guru kelas memberi nasihat meminta ibu bapa memantau waktu pembelajaran anak di rumah. Namun salah seorang bapa tampil memberi alasan bukan mudah untuk mengawal kegiatan anak. Jelas bapa itu, anak-anaknya banyak menghabiskan masa dengan gajet seperti telefon bimbit. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa nak hempuk buku Matematik, marah penggubal silibus syok sendiri! - “Mereka bunuh minat pelajar” ARTIKEL BERKAITAN: Murid darjah 3 takut pergi sekolah, trauma cikgu pukul muka dengan buku... Ibu pula mengaku cakap kasar, terbiasa cara orang Melaka "Susahlah cikgu. Mereka ni asyik main telefon je kerjanya. Berbuih dah saya cakap dengan mereka ni cikgu... tiba-tiba lelaki depan saya ni bersuara. "Cikgu kelas cakap, lelaki ni menjawab. Cikgu bagi nasihat, lelaki ni bagi pelbagai alasan. Macam masing-masing tak nak kalah walhal cikgu tu wanita. "Dia ni lupa ke dia lelaki? soal abang dalam hati," katanya yang memberi gambaran seolah-olah lelaki berstatus bapa di depannya itu sifatnya seperti segelintir wanita yang suka membebel dan banyak bercakap. Dalam pada itu, terdetik hatinya untuk membalas perbualan itu bagi menyedarkan si bapa supaya lebih tegas mendidik anak-anak. Anak malas belajar, dia salahkan anak main telefon. ABAM TRAFIK "Bang, yang bagi telefon kat anak tu siapa? Kalau awak tak bagi telefon kat anak, tak jadi begitu. Jangan nak salahkan anak disebabkan perbuatan sendiri. "Anak sudah tentunya belum pandai berfikir. Kita yang tua ni la kena pandai buat keputusan. Abang tarik nafas panjang, kemudian abang lepas. "Bestnya kalau dapat luah macam ni kat dia. Abang kata dalam hati lagi. Geram pula kita," kata Abam Trafik. Menurut lelaki itu, dia turut terkesan apabila bapa tersebut hanya tahu meletakkan kesalahan pada guru yang mengajar anaknya di sekolah. Bapa ke sekolah untuk mengambil kad laporan anak. -Gambar hiasan "Dah la kita berdiri lama beratur nak ambil keputusan. Boleh pula dia nak tepis kesalahan sendiri kat cikgu tu. Anak tak pergi sekolah, salahkan nenek dan atuk dia. "Anak malas belajar, dia salahkan anak main telefon. Walhal dia ketua keluarga. Abaang syak, yang datang ni isteri dia... menyamar jadi suami," sindir Abam Trafik di ruangan komen. Namun, Abam Trafik kagum dan menghormati profesion guru yang penuh kesabaran dan tanggungjawab dalam mendidik murid-murid. "Abang dah tengok dan alami sendiri betapa susahnya mengajar anak sendiri. Tak pasal-pasal isteri abang asyik jadi singa masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) hari tu," ujarnya secara berseloroh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube