DENGAR macam senang, hakikatnya tinggal sebumbung dengan keluarga mentua bukan semudah yang disangka. Jika tiada persefahaman antara mentua dan menantu, satu rumah pun boleh 'bergegar'. Situasi inilah yang cuba dielakkan oleh seorang wanita yang tidak mahu berpindah ke Sabah dan tinggal bersama keluarga mentua. Dia yang kini menetap Semenanjung hidup tenang dan aman damai bersama suami dan tiga anak sejak mendirikan rumah tangga lapan tahun lalu. Wanita mendakwa dirinya tidak disukai mentua dan ipar duai. -Gambar hiasan "Setelah usia perkahwinan kami masuk tahun keenam, suami saya dapat kerja sebagai penjawat awam. Selama ini, suami buat keputusan untuk balik ke Sabah tetapi saya enggan balik ke sana untuk tinggal rumah mak ayah mentua dengan ipar duai. "Saya banyak halang dia untuk berpindah kerana mak mentua, ipar duai tidak menyukai saya dan menjadikan saya sebagai hamba abdi buat kerja rumah," katanya menerusi satu luahan di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditangkap khalwat bersama 6 lelaki, tengah syok raikan parti bujang! Bakal suami enggan kahwin, nak tuntut ganti rugi ARTIKEL BERKAITAN: Dah nak kahwin, BF masih ‘gila’ patung anime! Gadis berubah hati lepas kenal bakal abang ipar, lebih matang dan ‘caring’ Bercerita lanjut, dia bagaimanapun terkejut apabila suaminya membuat keputusan melulu untuk pulang ke kampung di Sabah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Jelasnya, si suami dalam diam-diam membuat permohonan untuk pertukaran, sehingga berlaku pertengkaran antara mereka. "Saya dan suami bergaduh pasal masalah ni sebab saya tidak mahu tinggal serumah dengan mak ayah mentua dan ipar duai sekali. "Suami saya membuat keputusan tanpa berfikir. Anak-anak saya yang masih bersekolah dan kesukaran untuk melakukan pertukaran sekolah di hujung tahun," ujarnya. Suami mahu pulang ke Sabah kerana mahu menjimatkan kos perbelanjaan keluarga. -Gambar hiasan Berkeras dengan pendiriannya, wanita itu memujuk suaminya supaya pulang ke Sabah seorang diri dahulu sehingga mendapat peluang untuk tinggal di kuarters kerajaan. Ini termasuk membuat perjanjian mengenai nafkah untuk anak-anak kerana selama ini suami menganggap dirinya dan anak-anak sebagai beban. "Sebab itu dia memilih untuk tinggal serumah dengan keluarga dia untuk menjimatkan kewangan. Selama lapan tahun kahwin, suami tak pernah tunaikan nafkah zahir sepenuhnya. "Saya tidak mahu kehilangan anak-anak. Cukuplah saya reda kehilangan suami yang pentingkan diri sendiri," tambahnya. Jangan tinggal sebumbung dengan mentua kalau dah tahu mentua ipar duai tak suka. Nanti merana mental. WARGA MAYA Jika sebelum ini hanya membisu, dia kini terpaksa bersuara dan bertegas serta bertindak sebelum menyesal di kemudian hari. "Selama ini saya berdiam apabila suami suka buat keputusan tanpa berbincang dengan saya seperti loan, termasuk pertukaran dan pindah ini sebab saya tidak akan setuju. "Adakah saya adalah isteri yang nusyuz kerana enggan berpindah bersama suami?" katanya yang sedih dengan apa yang berlaku. Tiada persefahaman menyebabkan hubungan suami isteri menjadi renggang. -Gambar hiasan Di ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan tindakan suaminya yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga, di samping memberi cadangan sekiranya masih mahu berpindah ke Sabah. "Anak bukan main berderet dia henyak kat awak, tapi bila bab menyara, bagi makan minum... dia rasa awak dan anak-anak sebagai beban. "Jangan tinggal sebumbung dengan mentua kalau dah tahu mentua ipar duai tak suka. Nanti merana mental. Ikut suami pindah tu boleh tapi duduk ruma sewa. "Dah berkahwin kan, memang la kena ikut suami. Tempat seorang isteri seharusnya di sisi suami. Jika ada isu dalaman, eloklah pergi ke pejabat agama, dapatkan khidmat kaunseling," demikian antara komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube