suria

“Dia makan dan tidur je” - Adik geram kakak ipar tak layan suami, tuduh malas masak... Kasihan abang hidup macam orang bujang

Memasak dan menyediakan juadah antara cara memikat hati suami. -Gambar hiasan

SAMA ada suri rumah atau wanita berkerjaya, kebanyakannya lebih cenderung untuk makan di luar berbanding memasak kerana lebih mudah dan tidak memenatkan.

Malah ada juga yang menjadikan rutin memasak hanya pada hujung minggu kerana ia masa terbaik untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Menerusi hantaran tular, seorang wanita berkongsikan masalah rumah tangga abangnya dan isteri yang dipercayai berpunca daripada isu makan malam di luar.

Kebanyakan suami ingin menikmati air tangan isterinya. -Gambar hiasan

Kebanyakan suami ingin menikmati air tangan isterinya. -Gambar hiasan

Memulakan cerita, individu ini berkata abangnya yang berusia 34 tahun menegur sikap kakak iparnya yang enggan memasak di rumah seperti wanita bergelar isteri yang lain.

"Abang aku tak suka makan kat luar, tapi isteri dia minta... kali ini dia tegur sebab membazir.

"Tapi isteri dia jawab yang bukan selalu pun makan kat luar dan dia penat memasak setiap hari. Pada masa sama dia merungut yang dia bukanlah tunggul kayu dan teringin nak ada orang masakkan untuk dia," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati tengok abang asyik kena tinggal, kakak ipar abai makan minum! Adik dicop penyibuk hal rumah tangga orang

ARTIKEL BERKAITAN: Abang-abang dan bini masing-masing ‘lagak VIP’ balik rumah ibu! Biar adik bongsu hidang sahur, berbuka, mengemas macam orang gaji

Menurut individu ini lagi, abangnya akan makan di luar kira-kira tiga hingga empat kali dalam seminggu meskipun kakak iparnya hanyalah seorang suri rumah dan mereka masih belum mempunyai anak.

Malah dia turut menyifatkan kehidupan abangnya masa kini seperti di zaman bujang kerana kebajikannya sebagai suami tidak terjaga.

Bukan itu sahaja, kakak iparnya juga tidak pernah menghidangkan makanan untuk abangnya sama ada sebelum pergi mahupun sesudah pulang kerja.

POV aku sebagai suri rumah, kakak ipar kau tu penat duduk rumah sebab suami kerja sampai malam dan dia tak ada kawan.

WARGA MAYA

"Abang aku cuti sehari je seminggu. Boleh dikatakan setiap hari dia pergi atau balik kerja tak makan.

"Macam hidup zaman bujang yang tiada isteri nak masakkan. Kesian tengok tapi aku faham la isteri tu pun kadang-kadang penat buat kerja rumah tapi mereka tak ada anak dan tinggal di kondo yang memang bersih.

"Kakak ipar aku cakap yang dia bukan makan tidur je dekat rumah, dia buat macam-macam... tapi masa aku cuti semester dan tinggal dengan mereka, memang dia makan dan tidur je," ujar wanita ini berkongsi situasi yang dialami abangnya.

Konflik rumah tangga yang berlaku membuatkan pasangan suami isteri memilih penceraian. -Gambar hiasan The Star

Konflik rumah tangga yang berlaku membuatkan pasangan suami isteri memilih penceraian. -Gambar hiasan The Star

Lebih menyedihkan apabila dia melihat abangnya yang melakukan pekerjaan rumah termasuk mengemas, membasuh dan menjemur pakaian.

Malah kata wanita ini, abangnya tetap memberikan duit bulanan kepada isteri demi melunaskan tanggungjawab dan nafkah.

Hantaran yang dibuatnya menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Tugasan rumah tangga bukanlah mudah. -Gambar hiasan

Tugasan rumah tangga bukanlah mudah. -Gambar hiasan

Kebanyakannya meminta wanita ini untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga abangnya kerana dikhuatiri terdapat isu tersembunyi.

"Biarlah nak masak ke tak, kami makan luar hari-hari atau kat tempat kerja. Memang rasa sedih kadang-kadang tapi nak beli barang basah tu lagi mahal.

"POV aku sebagai suri rumah, kakak ipar kau tu penat duduk rumah sebab suami kerja sampai malam dan dia tak ada kawan.

"Jangan sibuk hal orang, kenalan kita macam ni juga... anak tiga. Dulu dia rajin masak setiap masa, semua buat sendiri sebab tak mahu membazir tapi suami dia habiskan 10K (RM10,000) untuk perempuan simpanan bercuti dan sejak itu dia tak buat apa-apa dah," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain