suria

“Buat kisah sedih apabila tak laku” - Pelanggan muak layan ‘drama’ peniaga festival makanan, hakikatnya jualan tak sedap tapi mahal

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan tabiat membeli makanan di luar. -Gambar hiasan

MUSIM festival makanan tiba lagi.

Ramai peniaga dan pengusaha makanan mula berkobar-kobar untuk mengetengahkan produk serta jualan masing-masing.

Namun gempar di laman Facebook apabila seorang wanita mengisytiharkan dia tidak akan menyokong sebarang festival makanan kerana pengalaman lalunya kurang memuaskan.

Minuman warna-warni di festival makanan dilihat meliurkan. -Gambar hiasan

Menurutnya, antara faktor yang mematikan minatnya untuk menghadiri festival sedemikian adalah harga mencekik darah yang diletakkan peniaga serta rasa makanannya mendukacitakan.

"Aku je ke yang tak pernah beria nak pergi festival makanan. Harganya mahal tapi tak sesedap mana, kalau lazat berbaloi la juga.

"Rasa nak sumpah seranah apabila kita dah bayar mahal untuk makanan tu tapi rasanya tak setara harga. Saya faham la sebab apa jadi begini, peniaga nak sewa tapak untuk festival makanan kena keluar beribu-ribu ringgit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sejuk macam masak semalam” - Serik beli makanan tak kena dengan tekak, dah setahun individu ini boikot bazar Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Makin ramai peniaga bazar nak cepat kaya... nasi ayam berempah RM15, beli pula samosa dan murtabak ‘sedih’ betul rasanya!

"Itu sebab kualiti makanan terjejas. Apabila tak laku, maka keluar la pelbagai kisah sedih peniaga," ujar wanita tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya dilihat berbelah bahagi dengan nasib peniaga yang diboikot gerakan ini.

"Kita memang nak sokong peniaga tempatan, tapi keadaan kewangan kami pun tak berapa baik untuk melabur sewenang-wenangnya. Kena berbelanja dengan bijak.

Kebersihan memang cincai dekat tempat macam ni, asal boleh je semua.

WARGA MAYA

"Saya bagi contoh tentang satu festival makanan ni saya pergi, sate lapan cucuk harga RM20, stew satu harga RM15, kopi secawan harga RM15. Itu baru satu festival saya pergi," ujar pelayar.

Dalam pada itu, tidak kurang juga warga maya yang mempersoalkan tahap kebersihan di festival makanan ini.

"Kebersihan memang cincai dekat tempat macam ni, asal boleh je semua. Saya pernah nampak depan mata, gerai Melayu kita saji makanan bersebelahan dengan kedai jual daging babi.

Warga maya berkongsi pandangan.

"Telur ayam pun mereka tak bilas apabila nak masak, terus ambil je daripada kotak sarang telur tu, geli! Itu belum ambil kira air minuman yang dibancuh guna air paip," kata warga maya.

Sementara itu, ada pelayar yang menyelar lambakan pengunjung di festival makanan sehingga menyebabkan kesesakan lalu-lintas.

"Benci la kalau ada festival makanan ni dekat kawasan rumah aku, terus susah nak keluar mana-mana. Serabut rasa," demikian kata seorang warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain