LELAKI dan wanita masing-masing mempunyai tanggungjawab dalam memelihara kesejahteraan rumah tangga. Misalnya kaum Adam mencari nafkah manakala kaum Hawa memastikan kebajikan anak dan suami sentiasa mencukupi. Namun gempar di laman TikTok tentang isu pergolakan rumah tangga yang dilihat sedikit janggal apabila seorang isteri dihalau dari rumah kerana dikatakan papa kedana. Kata-kata di alam maya boleh mengguris hati dan perasaan. -Gambar hiasan Menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikepilkan bersama, si suami kelihatan berang kerana isterinya tidak mempunyai wang mencukupi bagi menampung perbelanjaan peribadi. "Kau keluar dari rumah aku sekarang, bawa anak-anak sekali. Aku dah tak perlukan lagi perempuan miskin, tiada pendapatan, harapkan duit suami je," tulis lelaki berkenaan menerusi satu mesej yang dihantar. Perkongsian di TikTok itu kemudiannya dikongsikan semula seorang wanita di laman X dengan tujuan memberi peringatan kepada kaum wanita sebelum berkahwin. ARTIKEL BERKAITAN: Dayus, lelaki didakwa pelajar U belasah awek dalam kereta! Tak peduli mangsa meronta, meraung - “Sabarlah, I tak lempang you lagi” ARTIKEL BERKAITAN: “Kurang ajar kau, dasar dayus!”- Kecoh pelanggan lelaki ‘hayun’ kaki ke muka peniaga perempuan, sakit hati tak boleh cuba pakaian Malah warga maya beranggapan kisah yang dikongsikan itu merupakan satu bukti bahawa wanita harus berkerjaya dan bukan sekadar menjadi suri rumah atau 'kilang' anak. "Sebab tu apabila orang tanya kenapa masih cari duit walaupun dah bersuami. saya akan tunjukkan kisah yang macam ni. Kita tak boleh bergantung dengan pasangan sepenuhnya, hati manusia ni berbolak-balik. "Zaman sudah berubah, wanita tak sepatutnya jadi 'pak turut' lelaki je. Kalau kita mahu dan berusaha, kita boleh miliki kehidupan yang selesa dan bermaruah tanpa mengharapkan ihsan lelaki. Wanita bukan dilahirkan untuk bergelar bibik semata-mata, carilah pasangan yang tepat supaya diri ni boleh dihargai. WARGA MAYA "Jangan mudah percaya janji lelaki, kalau dia minta untuk kau berhenti kerja sebab nak tampung kau selepas kahwin, itu semua hanya cakap tin kosong. Sentiasa berfikiran jauh dan utamakan diri dalam soal cinta. "Kepada adik-adik sekalian, kita wanita bukan dilahirkan untuk bergelar bibik semata-mata, jangan jadi seperti lebah, habis madu sepah dibuang. Carilah pasangan yang tepat supaya diri ni boleh dihargai," ujar pelayar menyuarakan pandangan. Dalam pada itu, tidak kurang juga warga maya yang menegaskan lelaki sejati tidak akan bertindak sedemikian rupa kerana sememangnya tanggungjawab suami untuk menyara isterinya. Warga maya bertukar pandangan. "Ini bukan lelaki tapi makhluk yang tidak berjantina. Kalau betul lelaki, dia akan ada mentaliti untuk cukupkan semuanya buat isteri. Hati ni pasti rasa berat kalau tengok pasangan susah. "Inilah dia kita panggil lelaki dayus, mungkin masih ramai belum mengenali spesies manusia macam ni tapi ia wujud ya rakan-rakan. "Jadilah bijak ketika memilih pasangan, kalau tersilap merana satu keturunan," kata pelayar tegas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube