SEHINGGA kini, perdebatan mengenai pembahagian kerja-kerja rumah masih tidak berkesudahan. Baik suami mahupun isteri, masing-masing mempunyai pandangan dan hujah tersendiri mengenai isu ini. Dalam satu hantaran yang tular di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa geram dengan sikap suaminya yang didakwa terlalu sibuk bekerja sehingga melepaskan beban urusan rumah tangga di atas bahunya. Luahan yang dikongsi individu berkenaan. "Suami kerja pak guard sahaja. Gaji dah cukup sebenarnya. Tapi asyik buat kerja luar. Balik cuma makan dan mandi. Anak-anak saya kena urus sendiri. "(Kerja) rumah pun tak tolong. Sekarang rumah tak ada air. Sayalah kena angkut dan mujur ada anak-anak tolong saya. "Suami balik mandi (mandi masjid jika tak ada air) dan terus kerja luar contohnya buat wiring, buat rumah atau baiki kereta," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tuduh famili mentua punca perkahwinan tak bahagia! Ipar minta duit, ibu paksa suami buat loan kereta... Anak bini sendiri disuruh jimat ARTIKEL BERKAITAN: Label janda cerai hidup sebagai ‘toksik buangan’, lelaki teruk dikecam... Minta sedar diri kaum Adam pun banyak biawak hidup! Wanita yang tidak mendedahkan identiti ini berkata, dia tidak melarang suaminya mahu melakukan kerja sampingan demi kesenangan keluarga, namun makan hati dengan sikap lelaki itu yang langsung enggan mengambil tahu urusan rumah tangga. Orang tu pulun cari duit pun jadi isu. Dia sedar anak ramai sebab tu dia usaha cari duit. NETIZEN "Janganlah saya seorang saja kena urus dan rumah ni. Penat jugalah saya pun. Apabila duit tak ada, datang cari saya minta tolong. "Lepas tu apabila duit ada, tinggalkan saya terkapai-kapai urus rumah dengan anak-anak masih kecil. Saya minta tolong dia untuk kerja-kerja rumah, macam-macam alasan. "Saya cuma nak dia stay dekat rumah kejap bantu urus keluarga. Kadang bergaduh. Susah sangat ke seorang suami nak tolong bini? Bini bibik ke?," tulisnya yang merupakan ibu kepada lima cahaya mata. Suami sewajarnya membantu meringankan beban isteri di rumah. -Gambar hiasan Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya namun rata-ratanya melabel wanita tersebut sebagai tidak bersyukur dikurniakan suami yang rajin bekerja. "Orang tu pulun cari duit pun jadi isu. Dia sedar anak ramai sebab tu dia usaha cari duit. Supaya tanggungan dia tu cukup makan pakai. Ada benda kena korbankan kalau nak satu lagi tu cukup. Patut puan bersyukurlah. "Kalau setakat nak ajak kami mengumpat suami awak dengan meluahkan, awak salah group. Kalau nak bercerai, pergi je mahkamah syariah. Kalau tak nak, pergi je pejabat agama mohon sesi kaunseling. "Dah rajin kerja okaylah tu. Daripada tak kerja dan melepak. Apa pun banyak-banyak berdoa puan. Semoga dipermudahkan," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube