suria

Wanita kahwin warga asing takut hilang anak, suami nak bawa lari balik Pakistan... Mentua asyik telefon minta nak bela cucu!

Seorang wanita mendedahkan kisah mentua yang mahukan anaknya. -Gambar hiasan

MENYULAM cinta dan akhirnya berkahwin dengan warga asing bukan sesuatu yang pelik dalam kalangan masyarakat.

Begitulah kebahagiaan yang ditemui wanita ini setelah dia memilih lelaki Pakistan sebagai pasangan hidup.

Namun masalah dalam rumah tangganya mula timbul apabila wujud campur tangan ibu mentua ketika dia sedang berpantang anak kedua.

"Bab anak ni sensitif sikit. Saya ni berkahwin dengan orang luar. Saya masih lagi dalam pantang anak kedua. Saya ni geram dengan perangai mak mentua saya tu.

Krisis antara pasangan tidak asing lagi berlaku dalam kebanyakan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Mak mentua saya tinggal di Pakistan... setiap kali dia telefon, mesti minta suami saya bawa anak-anak balik Pakistan. Katanya, dia nak jaga. Saya cakap mana boleh saya bagi.

"Kita lagi susah-susah sayang anak, takkan nak bagi dekat mereka. Tapi mak mentua cakap, anak dia kahwin dengan saya, okey je duduk dekat Malaysia," ujarnya dalam grup Kelab Ibu Mengandung Malaysia.

Seolah-olah rasa terpukul dengan pertikaian ibu mentuanya itu, wanita berkenaan meluahkan rasa terkilannya kepada suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua anggap menantu kerja ‘gomen’ macam sampah... Marah permintaan guna nama buat ‘loan’ beli Hilux ditolak!

ARTIKEL BERKAITAN: Geram menantu dah 11 tahun bawa anak bini beraya rumah mak sendiri, mentua nekad bermalam rumah besan sampai raya ke-3

Katanya, perbandingan yang dibuat ibu kepada suaminya adalah sesuatu yang tidak relevan memandangkan situasinya adalah berbeza.

Namun perkara yang membuatkan wanita ini lebih 'panas hati' apabila suaminya menyokong hasrat ibunya untuk menjaga anak mereka di Pakistan.

"Biasa la... siapa tak nak bela mak sendiri, kan?

Kalau betul sangat nak jumpa (cucu), boleh je datang sini.

PENGADU

"Suami siap cakap apa salahnya nak bawa anak jalan-jalan. Bukan apa, saya memang tak minat nak pergi tempat-tempat mereka (di Pakistan). Risau nanti tak bagi balik macam mana," katanya bimbang.

Dalam hantaran sama, si isteri turut meluahkan bahawa dia tidak pernah berenggang dengan anak-anaknya dalam tempoh yang lama sebelum ini.

"Kalau betul sangat nak jumpa, boleh je datang sini. Saya memang geram kalau minta anak-anak saya ni. Walau kadangkala mak kandung saya bawa anak keluar sekejap pun, saya pergi ambil cepat-cepat.

Permintaan ibu mentua membuatkan wanita dalam pantang ini tertekan. -Gambar hiasan

"Apa lagi kalau orang lain (ambil) kan. Apabila cakap dekat suami mesti dia bising. Masa tengah pantang ni saya lagi rasa tertekan," ujarnya.

Perkongsian wanita ini ternyata mengundang pelbagai pendapat netizen di ruangan komen.

Bagaimanapun ramai yang kurang bersetuju dengan keputusan dibuat wanita ini yang tidak bertoleransi dengan keluarga mentuanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain