DULU langsing dan segak, tapi kini kelihatan berbeza malah hampir tidak percaya dia adalah individu yang sama. Begitulah situasi dilalui seorang lelaki yang mengikut trend TikTok untuk menunjukkan perubahan struktur wajahnya daripada remaja ke dewasa namun akhirnya mengejutkan warga maya. Menerusi hantaran yang meraih lebih 3.3 juta tontonan itu, Hafirulizham Hassim, 32, dilihat seperti dua insan berbeza dalam video berasingan pada tahun 2017 dan 2024. Hafirulizham dan tunang mencuba trend media sosial pada tahun 2017. Bercerita lanjut kepada mStar, Hafirulizham menegaskan kedua-dua individu dalam video itu adalah orang yang sama iaitu dia sendiri. Tambahnya, video tersebut pada asalnya dirakam bersama tunang sebagai simpanan peribadi. "Waktu tahun 2017 tu ada trend dekat media sosial, saya kurang ingat tentang apa, saya dengan pasangan saja buat suka-suka. Alhamdulillah kami berkahwin pada 2018 dan kini genap enam tahun mendirikan rumah tangga. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa baru meninggal, 3 beradik sempat buat video trend TikTok sebelah jenazah - “Aku tak boleh brain...” ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin, ‘bridesmaid’ membatu atas pelamin... Juruvideo hidupkan semula trend lama sebelum generasi TikTok... Kelip mata pun tak boleh! "Jadi baru-baru ni muncul lagi trend seperti ini di media sosial, saya dan isteri pun ikut sekali... masih berjiwa muda. Cuma tak sangka dapat pelbagai reaksi daripada netizen, ramai cakap video saya tu lebih kepada perubahan struktur bentuk badan. "Rakan sepejabat saya turut tergamam tengok video saya hit dekat TikTok. Untuk rekod, waktu tahun 2017 berat saya antara 58 hingga 60 kilogram, terbaharu tahun 2024 dah naik kepada 95 kilogram. "Kenapa boleh naik drastik sangat tu, ada sebabnya," ujar Hafirulizham berteka-teki. Kesihatan adalah benda paling penting dalam hidup ni, jangan cari alasan untuk mengabaikannya. HAIFIRULIZHAM HASSIM Menurut Hafirulizham, faktor perubahan gaya hidup selepas berkahwin merupakan penyumbang utama kepada kenaikan berat badannya. "Kalau nak tahu, dulu waktu zaman belajar saya atlet sukan ping pong... kemudian petang sampai ke malam rajin buat aktiviti lasak. Ketika tu metabolisme badan tinggi, jadi makan banyak pun tiada masalah sebab badan kekal macam tu je. "Tapi apabila dah masuk alam dewasa ni kehidupan semakin sibuk, masa terhad nak bersukan, mula la badan mengembang. Tak sempat training macam dulu. Isteri pula suka masak yang sedap-sedap, lagi la saya kecundang. Paras rupa terkini Hafirulizham bersama keluarga kecilnya. "Setiap kali pulang ke rumah memang asyik makan je. Antara air tangan isteri yang menjadi kesukaan saya adalah ikan siakap masak sambal, ayam masak pedas dan telur masak merah. "Usaha nak kuruskan badan seperti zaman kegemilangan pernah timbul beberapa tahun dulu, tapi terkubur macam tu je sebab masakan isteri yang lazat. Dah nampak makanan terhidang atas meja, segan pula nak tolak," kata Hafirulizham berseloroh. Walaupun begitu, Hafirulizham berpendirian berat badan ideal tetap mustahak untuk kesihatan jangka masa panjang. Hafirulizham ketika masih anak teruna. "Syukur saya masih sihat walaupun berat badan naik. Tapi saya tetap berwaspada, lagi-lagi saya bekerja sebagai ejen takaful, selalu jumpa klien dengan pelbagai jenis penyakit. "Perkara tu membuka mata saya. Seperti kita semua sedia tahu, kesihatan adalah perkara paling penting dalam hidup ni, jangan cari alasan untuk mengabaikannya. "Cuba cari masa dalam 30 minit untuk bersenam setiap hari, ini titipan pesanan saya," ujar Hafirulizham yang menetap di Yan, Kedah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube