suria

Graf cinta asyik turun naik, lepas 10 tahun kahwin wanita rasa menyampah tengok muka suami... Warga FB syak angkara sihir pemisah

Persefahaman diperlukan dalam setiap rumah tangga. -Gambar hiasan

HATI manusia yang berbolak balik boleh membinasakan kestabilan rumah tangga.

Pastinya luluh perasaan ini apabila tiada angin, tiada ribut seseorang itu hilang perasaan cinta terhadap pasangan sehidup semati.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman Facebook, seorang wanita mengakui secara tiba-tiba dia tawar hati dengan suami.

Perbincangan dua hala diperlukan untuk menyelamatkan rumah tangga. -Gambar hiasan

Menurut wanita berkenaan, usia rumah tangganya sudah memasuki 10 tahun dan hubungan dengan suami juga tidak mempunyai isu yang ketara.

"Saya tak nafikan suami ni orangnya baik, cuma seperti kita selalu dengar, tiada manusia yang sempurna. Puncanya beberapa salah faham je, sejak itu perasaan saya dengan suami mula pudar.

"Isu perselisihan faham ini sudah berlarutan sejak lima tahun lepas. Kadang-kadang rasa menyampah apabila tengok suami, tapi kejap je benda tu, lama-lama suka balik. Kemudian benci semula, begitulah kitarannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji lumayan, jadi ‘cleaner’ pun sanggup! Pemuda nak sangat kerja di Singapura, tawar saguhati jika bantu dapatkan pekerjaan

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tawar hati, minta cerai selepas kantoi video call lelaki lain! Suami enggan lepas, mengaku diri sendiri pun silap sebab baran, kaki pukul

"Saya ada berterus terang dengan suami tentang perkara ni, tapi dia macam buat tak tahu je. Saya runsing macam mana nak selesaikan situasi ni, nak minta dilepaskan rasa serba salah.

"Tapi kalau bertahan, setiap hari bersedih sebab hati kita sudah kosong," luah wanita terbabit dengan fikiran yang serabut.

Tambahnya, dia sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya rumah tangganya dapat dipertahankan.

Puan kena belajar tengok kelemahan diri... perkara yang kita rasa benci pada suami mungkin masalahnya berpunca daripada kita juga.

WARGA MAYA

"Saya memanjatkan pengharapan kepada Allah semoga hati ini dibuka untuk menerima segala kekurangan suami. Tapi itulah setakat sekarang, jiwa saya saban hari semakin terasa jauh daripada suami.

"Harapnya bukan seperti ini pengakhiran kepada rumah tangga kami," ujarnya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya cuba mencari solusi kepada kemelut rumah tangga wanita itu.

Pelayar bertukar pandangan.

"Saya syak mungkin puan terkena sihir pemisah, cuba pergi jumpa pengamal perubatan Islam dan minta dia scan, mungkin ini ikhtiar yang dapat membantu. Tak nampak ada masalah besar, mustahil boleh terus hilang perasaan.

"Puan kena belajar ikhlas menyayangi suami, anggap ia adalah sebagai saham akhirat dan ladang pahala, dengan cara ini boleh menghapuskan perasaan negatif puan terhadap suami.

"Kalau betul sudah tidak nampak jalannya, keluarkan la duit sendiri dan minta peguam untuk bantu urusan penceraian, kehidupan ni masih panjang, kalau tak bahagia buat rugi sahaja.

"Ada waktunya puan kena belajar tengok kelemahan diri sendiri, perkara yang kita rasa benci pada suami mungkin masalahnya berpunca daripada kita juga," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain