GOLONGAN pekerja servis penghantaran mesti pernah ditipu pelanggan, terutamanya jika pesanan dibuat menerusi kaedah pembayaran tunai semasa serahan atau cash on delivery (COD). Tidak terkecuali buat seorang pemuda ini yang berkongsi pengalaman pahitnya ditipu pelanggan sehingga mengalami kerugian lebih RM70. Menurut individu berkenaan, dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, dia menghantar makanan yang dipesan pelancong warga China ke lobi sebuah hotel. Ujar individu tersebut, pelanggannya itu pada mulanya memilih kaedah pembayaran COD. Namun kemudian pelanggan tersebut menghantar chat menerusi aplikasi sistem penghantaran makanan, memaklumkan sama ada dia boleh membayar menerusi platform pembayaran mudah alih atas talian, Alipay. Servis penghantaran makanan sememangnya banyak memudahkan pelanggan. -Gambar hiasan "Naya lagi. Kena RM70++ pelancong China order COD tapi nak guna Alipay pula. Scan QR tak lepas lima kali. "Drop dekat lobi hotel. (Dia) kata nak masuk cari RM (duit tunai) siap ambil makanan, lepas tu lesap," tulisnya dalam satu hantaran di grup Facebook GrabFood Rider Malaysia. Bagaimanapun pemuda tersebut tidak menyatakan lebih lanjut mengenai insiden berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Rider bongkar taktik pelajar IPTA nak makan percuma, siap pesan menu T20... Selera mewah tapi tiada duit! ARTIKEL BERKAITAN: Rider rugi RM77 dipermainkan ‘amoi’! Order udang tapi tak muncul, rupanya lokasi panas scam order Perkongsiannya mengundang perhatian warga maya, dengan segelintir daripada mereka turut berkongsi pengalaman yang hampir sama. Lain kali selagi tak dapat duit, makanan tetap stay dalam beg. NETIZEN "Aku pernah kena juga dengan warga China. Cakap nak bayar guna Alipay. Dia ingat Alipay satu dunia pakai kot. Dia pun tak ada cash. Aku cakap tak boleh, aku call CS (customer service) beritahu customer tak ada duit cash. "Pernah dapat juga customer China nak guna Alipay. Dah sampai depan vendor terus call CS minta cancel sebab customer nak Alipay... tak ada cash," komen netizen. Dalam pada itu, ramai turut menasihatkan supaya golongan rider lebih berhati-hati dan tidak cuai sekiranya berdepan dengan pelanggan yang memilih kaedah pembayaran COD. Antara reaksi warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan. "Jadikan pengajaran. No money no food. Selalu juga kena macam ni. "Lain kali selagi tak dapat duit, makanan tetap stay dalam beg. Aku memang buat kering je. Kau bayar dulu, duit masuk dalam akaun, baru aku buka beg dan bagi. "Try report dekat CS dulu. Kalau boleh claim Alhamdulillah. Kalau tak boleh, anggaplah satu pengajaran," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube