LUMRAH bagi setiap wanita bergelar ibu yang berkerjaya adalah apabila terpaksa meninggalkan anak di taska ataupun bersama pengasuh. Dengan berita mengenai kes penderaan bayi yang sering dilaporkan media, sudah pasti para ibu berdepan dilema antara tuntutan kerja dan juga keluarga. Begitulah juga dengan situasi yang dilalui wanita ini apabila dia terpaksa membuat keputusan besar melibatkan dua perkara penting dalam kehidupannya. "Saya seorang ibu bekerja. Mempunyai seorang anak berumur enam bulan. Sebelum ini mak mentua yang jaga anak saya. "Tapi sejak kebelakangan ini dia kurang sihat. Suami terpaksa cuti dulu buat sementara untuk jaga anak," tulisnya dalam satu hantaran di Facebook. Pasangan suami isteri perlu berkomunikasi dan berbincang apabila melibatkan soal anak. -Gambar hiasan Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, perkara tersebut tidak menjadi masalah kerana pendekatan berkenaan disepakati antara dia dan suaminya. Bagaimanapun masalah mulai timbul apabila dia mengusulkan cadangan kepada suaminya untuk menghantar anak mereka ke taska. "Dia (suami) layan saya baik. Selalu tolong saya dekat rumah. Tapi apabila saya cadangkan hantar anak ke taska atau ke pengasuh, dia akan mengamuk dan kami bergaduh. "Dia suruh saya berhenti kerja. Saya kerja government, suami pula kerja kilang," ceritanya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengeluh, ibu bapa anak asuhan liat bayar gaji... Siap minta diskaun selepas tinggal budak-budak bermalam ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki jaga anak cikgu, pengasuh pun terima bonus! Ibu asuhan ini syukur dapat majikan baik, selalu ‘hulur’ lebih Tambah wanita tersebut, dia agak keberatan untuk menuruti cadangan suaminya kerana langkah tersebut akan memberi kesan kepada kewangan keluarga mereka untuk jangka masa panjang. "Kalau saya berhenti kerja, macam satu kerugian besar sebab gaji suami tak pasti boleh tanggung hutang rumah, kereta dua buah tiap-tiap bulan. "Sebab sebelum ni kami share bayar semua hutang. Okay ke kalau suami berhenti kerja dan jaga anak?" soalnya meminta pandangan warga maya. Bincang soal anak je dah mengamuk. Kalau puan berhenti, lama-lama nanti puan yang makan hati. NETIZEN Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil memberikan reaksi yang pelbagai terhadap situasi dialaminya. Namun rata-ratanya berpendapat supaya wanita berkenaan tidak berhenti kerja dan mempertimbangkan cadangan lain yang lebih realistik dan seimbang antara kerjaya serta keluarga. Tugas menjaga anak perlu dilakukan secara bersama antara suami dan isteri. -Gambar hiasan "Jangan berhenti kerja. Kita tak tahu apa akan berlaku masa depan. Carilah pengasuh, doa banyak-banyak supaya dipertemukan dengan pengasuh yang ikhlas. "Suami ni kebanyakan pandai cakap saja. Nanti tak ada duit lagi susah. Cari pengasuh, suruh dia kerja. Hidup ni keras. "Suami saya pun suruh berhenti kerja. Tak lama lepas tu, suami diuji dengan pekerjaannya. Duit tak cukup. Nasiblah saya tak berhenti kerja. "Bincang soal anak je dah mengamuk. Kalau puan berhenti, lama-lama nanti puan yang makan hati," demikian antara cadangan netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube