suria

Bekas suami gaji RM9,000 tapi kedekut... Cuma bagi nafkah RM610 sebulan belanja 3 anak, jangan minta lebih!

Seorang isteri terkilan dengan sikap bekas suaminya yang culas memberikan nafkah anak. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berstatus ibu tunggal meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap bekas suaminya.

Menerusi luahan perasaan yang dibuat di grup Tanya Peguam di Facebook, bekas pasangannya dikatakan culas dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap anak selepas mereka berpisah.

Justeru, wanita yang tidak mendedahkan identitinya ini meminta bantuan ahli grup untuk memberikan pendapat tentang bagaimana anaknya boleh mendapatkan hak sepatutnya.

"Saya nak minta pendapat cara nak bagi pengajaran atau cara supaya bekas suami 'ringan tulang' juga nak tanggung keperluan anak.

Masalah berkaitan nafkah sering berlaku kepada pasangan yang sudah berpisah. -Gambar hiasan

"Macam bayaran PIBG (Persatuan Ibu Bapa Guru), beli buku sekolah dan yuran kenaikan belt karate di pusat martial art," jelasnya.

Menurut wanita itu lagi, bekas suaminya hanya memberikan sebanyak RM610 sebulan untuk tiga orang anak yang kini di bawah jagaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami mata duitan, durjana! Nafkah anak culas, menggila dapat tahu ‘ex-wife’ kemas kini akaun STR

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri doa suami durjana cepat mati! Dendam curang belum padam, kini culas nafkah pula

"Anak dah bercakap minta sendiri pun bapa macam berdalih dan banyak alasan tak nak bagi. Kerja (gaji) bekas suami dalam RM9,000 sebulan.

"Tiga orang anak dengan saya semua. Nafkah anak sebulan bekas suami bagi RM610 (tetap). Jumlah tu untuk semua benda termasuk makan, keperluan lain dan lain-lain," katanya.

Wanita ini memaklumkan bahawa dia kini berhasrat untuk mencari jalan mendapatkan hak tuntutan nafkah yang sepatutnya.

Bagaimanapun, dia masih kurang berkemampuan bagi mendapatkan perkhidmatan guaman seperti diharapkan.

Cakap la baik-baik dengan bekas suami. Gaji besar tak kan la kedekut dengan anak sendiri.

NETIZEN

Perkongsiannya ini meraih pelbagai pendapat netizen yang cuba memahami situasinya.

"Kebiasaannya, yang bergaji besar ni la liat nak laksanakan tanggungjawab.

"Cuba bagi dia bela dulu anak-anak tu. Nanti dia tak tahan dia bagi balik la tu. Bagi dia rasa berapa kos jaga anak-anak tu. Memang ada lelaki ni, dia ingat murah belanja sekarang.

"Gaji RM9,000 mungkin tanggungan hutang dan keperluan dia RM8,300. Tu liat jadinya. Anak saya tiga pun belanja lebih RM1,000. Nasib baik tak naik van sekolah. Kalau tak, lagi 'botak'," komen beberapa netizen.

Komen netizen di Facebook.

Namun, seorang netizen tampil memberikan pendapat supaya wanita ini berbincang dengan bekas suaminya secara baik.

"Cakap la baik-baik dengan bekas suami. Gaji besar tak kan la kedekut dengan anak sendiri. Kan tu darah daging.

"Dengan bekas suami ni kena la cakap baik-baik. Buat sikit simpati dan sedih. Cakap la dekat dia... tak kasihan ke dekat anak-anak," komen netizen berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain