suria

“Nak murah jalan kaki... sila meninggal” - Wanita OKU dihina gara-gara bandingkan harga e-hailing, tindakan rancang kewangan dipandang serong

Seorang wanita berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan e-hailing. -Gambar hiasan

SETIAP individu mempunyai pilihan untuk berjimat dan mengurangkan kos perbelanjaan harian.

Begitu juga bagi wanita ini yang mahu menjimatkan kos perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi, Selangor dari KL Sentral di Kuala Lumpur.

Menurut wanita orang kurang upaya (OKU) itu yang menggunakan servis pengangkutan awam, dia mempunyai beberapa pilihan termasuk perkhidmatan e-hailing.

"Syarikat A dari KL Sentral ke Bangi, RM44. Syarikat B untuk laluan yang sama, RM34. Mahal betul!

"Sudahnya saya naik KTM Komuter, RM2.40 (harga OKU). E-hailing dari stesen komuter ke rumah, anggaran RM9. Jumlah RM11.40 je. Tak apalah lambat sikit, sampai juga ke rumah Insya-Allah," kongsi wanita berkenaan di Facebook, pada Isnin lalu.

Federal HighwayStory on roads be more predictable in 2024? 2023 was a havoc year on the road.  (JAN 2 2024) — ART CHEN/The Star

Selain kenderaan persendirian, orang awam turut menggunakan perkhidmatan e-hailing. -Gambar hiasan

Perkongsian Zeeda Aziz itu kemudiannya dijadikan bahan kandungan di TikTok oleh seorang individu dengan mesej berbaur negatif.

Individu berkenaan berkongsi semula tangkap layar hantaran yang dibuat Zeeda berhubung pilihan pengangkutan awam dengan kata-kata kesat seperti 'Nak murah jalan kaki, sila meninggal'.

ARTIKEL BERKAITAN: Perjalanan cuma 2km, tapi Dr Say ‘bayar’ RM56 naik e-hailing... Terduduk dengar kisah pemandu tua kerja 15 jam, tumpang tidur di madrasah

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak WiFi order dulu” - Restoran kedekut Internet, data telefon pula lembab! Pelanggan nyaris angkat kaki, susah pesan guna kod QR

"Pagi ni, suami saya hantar tangkap layar ini daripada content Tik Tok yang FYP di akaunnya. Antara komen yang ditulis, memerli saya ni jenis orang yang tak mampu naik flight kalau ke luar negara. Haha memang pun!

"Kalau ada pilihan naik kereta api ke sesuatu negara, saya memang akan pilih ini. Sudah beberapa kali saya ke Bangkok, Thailand menaiki kereta api ungu tu. Harga tiket cuma RM110 ketika saya ke sana sebelum berlakunya pandemik.

"12 jam masa perjalanan, dari stesen KTM Padang Besar ke stesen Hua Lamphong, Bangkok. Best je. Apa yang tak best?" katanya sambil menambah turut menggunakan perkhidmatan MRT yang lebih menjimatkan ketika berada di Bangkok.

Seorang pelanggan dikecam selepas berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Zeeda sebelum ini menjadi perhatian kerana kisah inspirasinya sebagai wanita OKU yang diuji dengan kecacatan kekal apabila hilang sebelah kaki akibat kanser.

Sebagai OKU fizikal, katanya, dia sentiasa berjalan menggunakan topang ketiak.

Saya adalah pelanggan yang mempunyai pilihan mengikut masa, modal dan keadaan.

ZEEDA AZIZ

"Bayangkanlah saya bergerak dari satu tempat ke satu tempat, terlompat-lompat tanpa menyusahkan sesiapa. Saya rancang perjalanan dan kewangan saya.

"Dengan kecacatan ini, saya explore begitu banyak kawasan-kawasan asing di negara luar. And yet, ada pula manusia yang baca posting saya dan tulis 'Sila Meninggal'.

"Saya akan meninggal dunia juga suatu hari nanti apabila sampai ajalnya. Tak perlulah dipersilakan," katanya.

Setiap pelanggan mempunyai pilihan untuk menggunakan pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e-hailing. -Gambar hiasan

Tidak melatah dan enggan membalas dengan kecaman, sebaliknya Zeeda mendoakan semua yang terkesan dengan beban ekonomi agar dimurahkan rezeki.

"Janganlah mendoakan kematian kepada seseorang muslim, yang langsung tidak pernah mendatangkan mudarat kepada sesiapa," katanya lagi.

Malah, Zeeda menegaskan dia juga tidak memburukkan mana-mana individu berhubung pilihannya menggunakan perkhidmatan e-hailing yang kini menjadi tular.

Dia hanya menyentuh tentang harga yang diletakkan oleh sistem servis pengendali e-hailing A, dan perkhidmatan pilihannya ketika itu adalah e-hailing B kerana menggunakan sistem tawaran harga lebih murah yang boleh ditetapkan pemandu.

"Posting saya bukan play-victim, saya bukan mangsa keadaan. Saya adalah pelanggan yang mempunyai pilihan mengikut masa, modal dan keadaan.

"Saya pilih untuk guna (e-hailing A) jika kosnya tidak begitu mahal. Sebab itulah saya naik (e-hailing A) dari stesen komuter, dan bukannya KL Sentral," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain