RUMAH tangga yang bahagia tidak hanya terbina dengan keserasian pasangan semata-mata. Namun turut diperlukan adalah sikap bertolak ansur untuk menerima kekurangan dan kerenah masing-masing. Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang wanita berkongsikan pantang-larang suaminya yang berjaya disesuaikan setelah beberapa tahun melayari bahtera perkahwinan. Setiap isu dalam rumah tangga boleh diselesaikan dengan perbincangan. -Gambar hiasan Menurut wanita berkenaan, sebelum ini suaminya tidak boleh menerima sekiranya makanan sama dihidang dua kali dalam sehari. "Waktu sesi berkenalan sebelum bertunang, saya jujur beritahu yang saya biasanya masak satu hidangan je untuk makan tengah hari dan makan malam. Lepas tu saya tanya macam mana pula dengan dia (suami). "Suami jawab dia tak boleh makan juadah sama, lunch dan dinner kena hidangan berbeza. Dekat mulut saya cakap okay, tapi terdetik juga la dalam hati ni... cerewetnya dia, makan je la apa yang ada, mengada-ngada pula. ARTIKEL BERKAITAN: “Cinta je tak cukup!” - Lelaki tegur geng suami, jangan malas masuk dapur tolong isteri... Prihatin pasangan pun penat ARTIKEL BERKAITAN: “Dia makan dan tidur je” - Adik geram kakak ipar tak layan suami, tuduh malas masak... Kasihan abang hidup macam orang bujang "Kemudian saya terus minta perjanjian yang kalau ada hari saya malas memasak, kita makan luar je, dia pun setuju," ujar wanita itu mengimbas permulaan hubungannya dengan suami. Tambahnya, apabila dilihat kembali, perkara sedemikian adalah apa yang menjadikan suatu rumah tangga itu lebih lengkap. "Saya memang dah terbiasa sejak kecil makan hidangan sama untuk siang dan malam, mungkin sebab tu saya rasa sedikit ralat apabila orang lain tak boleh ikut perkara sama. Kita semua dibesarkan dalam keluarga masing-masing dengan cara yang tersendiri... tak boleh ikut sedap tekak je. WARGA MAYA "Tapi situasi serupa juga boleh diperkatakan untuk suami, mungkin keluarganya sudah biasa amalkan memasak setiap kali lunch dan dinner. Tak boleh nak paksa suami untuk ikut cara saya. "Kami dibesarkan dengan gaya hidup yang berbeza. Itu sebab pentingnya kena ada konsep win-win dalam rumah tangga, kita cari kata sepakat untuk suatu masalah tu, bertoleransi dalam apa jua hal. "Walaupun topik ni nampak remeh, tapi sebagai isteri ia merupakan tanggungjawab saya untuk menjaga perut suami. Kita harus mengenali luar dalam serta ragam suami kita macam mana," katanya menutup bicara. Pelayar bertukar pandangan. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya turut menzahirkan pandangan masing-masing berkenaan isu yang dibincangkan. "Keluarga saya pun kitar semula makanan tengah hari untuk dinner. Kalau ada lebihan hidangan dari semalam pun kami akan panaskan untuk makan semula esok. Hanya buang makanan tu apabila dah tak elok je. "Tapi betul la apa yang disebut, kita semua dibesarkan dalam keluarga masing-masing dengan cara yang tersendiri. Tak boleh ikut sedap tekak je apabila dah berkongsi kehidupan selepas kahwin. "Syukur suami saya jenis yang tak banyak songeh kalau bab makan, contoh ada hari saya tak berdaya nak masak, suami akan buat sendiri telur mata dengan nasi putih," demikian kata sebahagian warga maya Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube