suria

Wanita stres dituduh curi RM6,000 duit syarikat! Rupanya nama ‘dipetik’ selepas rakan sekerja rujuk ‘seseorang’

Seseorang akan berdepan tekanan serta malu jika dikaitkan dengan kes kecurian. -Gambar hiasan

SUDAH tentulah mana-mana individu akan berasa sedih, malu dan tertekan apabila dituduh melakukan sesuatu kesalahan yang tidak dilakukannya.

Demikian juga dengan situasi yang dilalui oleh wanita ini apabila dia dituduh mencuri wang di pejabat tempatnya bekerja.

"Saya dituduh mencuri duit, tak ada bukti tapi masa duit tu hilang, dalam office tu ramai orang. Kiranya, suspect tu ramai," kongsinya dalam laman grup Facebook Tanya Peguam.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri ini, namanya 'dipetik' selepas salah seorang rakan sekerja merujuk perkara tersebut kepada orang ketiga.

"Sebab ada seorang ni tanya seseorang (pihak ketiga), dan dia bagi gambaran... katanya (pencuri) seorang perempuan. Dalam office hanya ada dua perempuan saja," ujarnya sambil menambah, jumlah wang yang hilang adalah sebanyak RM6,000.

curi 1

Setiap pejabat wajar dipasang CCTV untuk menjadi bukti sekiranya berlaku sesuatu insiden. -Gambar hiasan

Tambah wanita itu, ketiadaan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam pejabat tempatnya bekerja lebih merumitkan situasi untuk mencari dalang sebenar kes kecurian tersebut.

"Tak ada CCTV sebab bukan office yang besar. Hanya pejabat kecil untuk bisnes kecil-kecil je," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah kosong, semua barang dirompak! Pemuda lega kucing kesayangan selamat, pandai sembunyi walau ketakutan

ARTIKEL BERKAITAN: Lihat perompak bersenjata santai terjah rumah, orang awam mula rasa tak selamat, “Masuk rumah macam ada birthday party”

Tertekan kerana disyaki sebagai suspek utama, wanita tersebut meminta pandangan warga maya kerana sudah buntu memikirkan apa langkah yang sepatutnya dilakukan untuk mempertahankan diri.

"Kes ni akan dibawa macam mana? Kena buat report? Suspek kena soal siasat dekat balai dan direman atau macam mana?

"Saya sangat tertekan sebab semua orang syak saya yang mencuri," luahnya lagi.

Sangat bahaya ya kalau tanya 'seseorang' ni. Apa-apa pun jika awak di pihak yang benar, buat cover report.

NETIZEN

Hantaran wanita tersebut mengundang perhatian warga maya yang meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang menimpanya.

Rata-ratanya turut tampil dengan cadangan dan nasihat selain memberikan kata semangat kepada wanita berkenaan.

komen curi

Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Sangat bahaya ya kalau tanya 'seseorang' ni. Apa-apa pun jika awak di pihak yang benar, buat cover report. Risau zaman sekarang ni banyak fitnah.

"Tempat saya bekerja pernah kena pecah masuk. Bos report polis dan beritahu polis ada kemungkinan pekerja sendiri. Polis kata tak ada bukti tak boleh buat tuduhan.

"Berhentilah kerja daripada situ. Carilah kerja baharu. Ini kerana nama awak sudah tercemar dan reputasi kerja pula sudah tercalar. Majikan pula sudah meragui kejujuran awak.

"Ada objektif lain tu sis... nak suruh resign tanpa perlu pampasan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain