SESIAPA sahaja pasti memasang impian untuk mendiami rumah yang selesa dan luas. Maka tidak hairanlah apabila ramai yang gemar mengubah suai rumah termasuk membesarkan ruang kediaman mengikut cita rasa sendiri. Bagaimanapun, bagi mereka yang tinggal di kediaman jenis teres dan rumah berkembar, kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan perlu mendapat kebenaran jiran tetangga selain pihak berkuasa tempatan (PBT). Ia bertujuan mengelakkan perbalahan di kemudian hari terutama melibatkan persempadanan dan perkongsian komponen mahupun ruang. Binaan baharu atau pengubahsuaian bagi rumah teres perlu mendapat kelulusan PBT. -Gambar hiasan Menerusi hantaran tular, seorang lelaki berkongsikan masalah yang dialami selepas jirannya melakukan pengubahsuaian tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. "Baru-baru ini saya dapat tahu yang jiran ada extend dapur rumahnya tanpa menaikkan dinding baru. Dia guna dinding dapur rumah saya. "Sebelum ini saya dah extend dapur rumah, kira-kira lima tahun yang lepas," ujarnya di halaman Facebook. Menurut lelaki ini, masalah antara dia dan jiran timbul apabila binaan tambahan yang dilakukan bukan sahaja mengganggu dinding rumahnya malah turut melibatkan persempadanan. ARTIKEL BERKAITAN: Baru pindah rumah, jiran sebelah reka cerita hantu! Makin toksik cari gaduh isu sisa dalam tong sampah ARTIKEL BERKAITAN: Jiran punca wanita ‘resign’! Satu famili ‘selfish’ bab parkir, orang lain susah tak apa asalkan anak beranak mereka senang Ia berikutan, dapur jiran tersebut dibina atas lebihan tanah miliknya. "Dinding dapur saya dibina dalam kawasan tanah saya dan bukan atas sempadan. Pagar hijau, tukang sebelum ni cabut sebab dia nak plaster bahagian jiran. "Saya ada tanya jiran kenapa dia tak naikkan dinding baru dan maklumkan binaan tersebut akan mengganggu kabinet rumah saya. "Dia maklumkan yang tukang rumahnya cakap tidak perlu kerana dinding sudah siap ada," luahnya lagi. Dinding dapur saya dibina dalam kawasan tanah saya dan bukan atas sempadan. PENGADU Lebih merumitkan apabila, jirannya bukan sahaja memandang enteng perkara tersebut, malah beranggapan masalah boleh diselesaikan hanya dengan membayar pampasan. Buntu dengan situasi yang dialami, dia juga merasakan perkara tersebut tidak adil kerana binaan tambahan melibatkan kawasan rumahnya. "Jiran tanya berapa nak bayar untuk kongsi dinding (dapur) tu, tapi dia bina dalam kawasan rumah saya. "Patutkah saya minta bayaran sebab dah lebih lima tahun dan harga pun dah lupa," ujarnya sambil berharap masalah dapat diselesaikan tanpa pertelingkahan. Ramai yang mencadangkan supaya dia meminta pampasan mengikut keluasan tanah yang telah diambil. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya menasihatkannya supaya meminta pampasan yang setimpal mengikut keluasan tanah yang telah diambil. Bagaimanapun terdapat segelintir yang menyatakan dinding bagi rumah teres sememangnya perlu dikongsi bersama. "Minta separuh daripada harga asal tapi kalau rasa nak guna duit, minta banyak. "Macam kes kawan saya, jiran tak mahu kongsi sebelum ni jadi dia buat dalam kawasan sendiri... apabila jiran bina tambah, dia sambung terus tanpa bincang. Kawan saya terus buat aduan pada PBT dan jiran dia diminta roboh atau bayar pampasan. "Tak boleh kongsi dinding. Setiap rumah kena ada dinding masing-masing, itu syarat yang ditetapkan bomba sebab nak korek untuk wiring serta saluran paip. "Ikut harga binaan dinding sekarang ni, baru puas hati," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube