suria

Tak ada wang, wanita tebal muka minta tukar tepung dengan susu! Ramai sayu kenang masyarakat kembali ke sistem barter

Segelintir individu berhadapan masalah kewangan bagi membeli barang keperluan bayi. -Gambar hiasan

KEBANYAKAN individu pasti pernah mengalami masalah kewangan sehingga ada yang diisytiharkan muflis.

Situasi yang dihadapi ada kalanya berlarutan selama bertahun-tahun seterusnya menjejaskan aktiviti dan kehidupan harian mereka.

Namun bagi meneruskan hidup, sesetengahnya sanggup 'tebal muka' dengan memohon bantuan daripada orang terdekat mahupun rakan taulan.

Kebanyakan ibu bapa cuba memenuhi keperluan anak-anak. -Gambar hiasan

Kebanyakan ibu bapa cuba memenuhi keperluan anak-anak. -Gambar hiasan

Menerusi satu hantaran tular di Facebook, seorang wanita didapati membuat permintaan untuk menukarkan tepung yang dimiliki dengan susu untuk bayi berusia bawah setahun.

"Nak tukar susu Dutch Baby 0-12 bulan dengan tepung. Susu nak satu je, tepung saya ada enam.

"Tak kisah berapa gram pun susu, janji nak tukar, nak guna untuk anak," ujarnya sambil menyatakan posting akan dipadam apabila berjaya memperoleh susu tepung.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita heret ‘ibu kutu’ naik mahkamah, tuduh larikan RM15,000! Siap syak terlibat aktiviti cuci duit

ARTIKEL BERKAITAN: Polis trafik risau anggota junior tersilap langkah, terjebak hutang keliling pinggang - “Punca gejala negatif adalah masalah kewangan”

Hantaran yang dibuatnya itu kemudian dikongsikan seorang wanita dikenali sebagai Yuni yang beranggapan sistem barter adalah kaedah terbaik untuk digunakan masa kini.

Malah baginya, kaedah yang diamalkan masyarakat dahulu bersesuai dengan situasi kebanyakan masyarakat yang mengalami masalah kewangan dan kekurangan wang.

Kita rasa kita dah cukup susah, rupanya ramai lagi kat luar sana yang lagi susah.

WARGA MAYA

"Sistem barter ni sebenarnya berguna untuk zaman sekarang, ramai orang kekurangan duit," ujarnya.

Perkongsiannya itu ternyata mendapat perhatian warga maya.

Ramai yang meluahkan rasa sedih dengan situasi yang dialami segelintir individu sehingga terpaksa menebalkan muka untuk meminta bantuan daripada masyarakat.

Warga maya turut mendoakan wanita terbabit supaya dipermudahkan rezeki.

Warga maya turut mendoakan wanita berkenaan supaya dipermudahkan rezeki.

"Allah sedihnya, saya pergi klinik selalu terjujur dengan jururawat yang anak tak minum susu Dutch Baby, jadi mereka tak beri susu percuma.

"Beberapa tahun lalu pernah di situasi begini, ya Allah, peritnya saat ni. Biar hilang maruah daripada anak kelaparan.

"Selalu yang macam ni, mereka dapat bantuan makanan bulanan, jadi barang makan ada cuma untuk keperluan bayi tu mungkin dapat bantuan tunai.

"Kita rasa kita dah cukup susah, rupanya ramai lagi kat luar sana yang lagi susah. Semoga dipermudahkan urusan kita semua," demikian luahan beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain