MUNGKIN ramai yang berpandangan bekerja bersama adik beradik atau darah daging sendiri mempunyai kebaikan kerana lebih dipercayai, senang diharap dan tidak berkira. Namun ternyata tanggapan sedemikian tidaklah 100 peratus benar kerana segala-segalanya bergantung kepada sikap seseorang, bukannya hubungan kekeluargaan. Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang pelayar berkongsi pengalamannya bekerja bersama adik sendiri yang ternyata lebih banyak mengundang kesulitan dan akhirnya hanya mampu 'makan hati'. "Kali terakhir hire adik sendiri! Adik sendiri jadi staf? Sounds fun kan? Tapi ini cerita sebenar... "Sakit kepala juga nak handle. Dah la degil satu pasal. Lain kita suruh, lain dia buat," tulisnya dalam perkongsian berkenaan. Menurut individu tersebut, dia ketika itu mengusahakan bisnes makanan barat secara kecil kecilan di sebuah negeri utara tanah air. Hubungan antara adik beradik boleh renggang disebabkan masalah komunikasi. -Gambar hiasan "Konsep macam kiosk je. Staf ada dua orang... yang memasak ni adik aku sendiri. Seorang lagi sebagai waiter la. "Ada satu hari tu, aku dekat KL (Kuala Lumpur) Lepas tu aku tanya si adik aku ni 'Salam P**** kedai buka tak lagi?' "Tak lagi, aku baru bangun tidur. Kejap lagi pukul 6 aku bukalah'. "Tu dia... awat (kenapa) lewat sangat?'. "Hang nak buka awal, balik buka sendirilah," demikian tulis individu tersebut, mengimbas kembali perbualan bersama adiknya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu gaji 7K enggan balik beraya, penat jadi ‘bank’ 6 adik beradik lain! Tak bagi duit dicop ‘kedekut’ ARTIKEL BERKAITAN: Culas bayar pinjaman, pemuda anggap mak ayah khianat anak sendiri... Tak pasal-pasal kena tanggung hutang 30K! Tambah individu berkenaan, adiknya bukan sahaja mengendalikan bisnes mengikut 'kepala' sendiri, malah mempertikaikan peranannya sebagai pemilik kedai. Elakkan kerja sekali dengan family members dan kawan-kawan. Sebab kalau kita marah, diaorang akan terasa. NETIZEN "Hang syok la... dok berjalan ja'. "Awat cakap macam tu? Abang pergi belajar cari ilmu untuk bisnes." "Pendek cerita benda ni bukan setakat dekat tempat kerja saja, sampai ke rumah dibawanya. Kena pula jadi bos. 'Ya, ya ja abang aku ni... dekat rumah lain, dekat tempat kerja nak jadi bos konon'. "Itu tak termasuk report dekat mak lagi. Habis aku kena bebel. Itulah realiti bekerja dengan famili sendiri," demikian kongsinya. Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. Ruangan komen 'meriah' dengan reaksi netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman masing-masing, dan dalam masa yang sama memberi amaran kepada orang lain agar tidak melakukan perkara yang sama. "Elakkan kerja sekali dengan family members dan kawan-kawan. Sebab kalau kita marah, diaorang akan terasa. Jadinya, hire je orang luar. "Saya dan adik-adik kerja dengan ayah. Tak best ya. Dekat tempat kerja cakap pasal kerja, balik rumah nak berkumpul pun tanya pasal kerja. "Pernah recommend adik masuk company. Banyak ambil emergency leave, annual leave, absent... last-last dia berhenti tak bagi notis. Teruk aku kena bahan," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube