SEBAGAI manusia biasa, seseorang itu pastinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Bagaimanapun, keterlanjuran itu ada kalanya boleh menghantui diri hingga bertahun-tahun lamanya, malah sukar untuk dilupakan orang sekeliling. Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang wanita berada dalam dilema tentang sama ada dia layak untuk mendapat peluang kedua susulan kisah silamnya sungguh gelap. Impian seorang lelaki untuk berkahwin dengan wanita yang pandai menjaga kehormatan diri. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, dia mempunyai rekod yang mengaibkan, iaitu dikatakan pernah bersetubuh dengan hampir 20 pasangan berbeza. Tambahnya, dia kini sedang dalam usaha untuk mengubah diri, ekoran hatinya tertambat dengan seorang jejaka yang digambarkan sebagai elok perwatakannya. "Umur aku 23 tahun. Aku boleh buat pengakuan yang badan aku pernah diratah hampir 20 lelaki. Cuma sekarang aku ada kenal dengan seorang mamat ni, orangnya sangat baik dan aku macam suka dekat dia. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki marah dedahkan Miza Ozawa ada HIV, anggap buka aib... Tapi ramai tak setuju, lebih risau pelanggan dapat penyakit! ARTIKEL BERKAITAN: Gadis gemuk dilayan bak puteri lepas buat akaun Dark Side, mula jatuh cinta dengan ‘Awang Hitam’ - “Dipuji cantik, memang taste dia” "Aku nak cuba pikat hati lelaki tu, tapi aku sedar yang aku ni sangat jijik. Perempuan sehina aku boleh ke berubah kalau sayang dekat seseorang, layak ke aku merasai perasaan gembira?," soalnya meminta pandangan. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya diperhatikan sedikit skeptikal mengenai harapan wanita itu untuk berubah. "Aku berpegang dengan prinsip, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Umur baru awal 20-an tapi dah sampai berbelas-belas lelaki awak bersetubuh, memang hancur akhlak awak ni. Tak kisah seteruk mana pun awak, selagi belum syirik Insya-Allah taubat awak akan diterima. WARGA MAYA "Saya mohon lupakan lelaki tu, dia tak layak untuk mendapat 'lebihan' orang lain, risau juga kalau nanti dia dijangkiti penyakit kelamin. Hanya mereka yang hatinya betul ikhlas boleh belajar mencintai awak sis, payah nak jumpa lelaki macam tu. "Kalau awak berjaya kahwin dengan lelaki tu pun, saya yakin topik ni akan kerap dibangkitkan oleh suami apabila kalian bergaduh. Susah nak ada rasa hormat dekat perempuan macam awak ni," demikian kata sebahagian warga maya. Pelayar bertukar pandangan. Dalam pada itu, segelintir pelayar juga tampil memberikan kata-kata semangat supaya wanita itu cekal meneruskan perjuangannya untuk berubah. "Buat masa ni, jangan pasang niat nak berubah untuk orang lain, fokuskan sepenuhnya kepada diri awak. Tuhan itu Maha Pengampun, tak kisah la seteruk mana pun awak, selagi belum syirik Insya-Allah taubat awak akan diterima. "Pintu bertaubat sentiasa terbuka sis, tinggalkan yang keruh, ambil yang jernih. Jangan menaruh harapan sangat kepada manusia, risau mereka mengecewakan je nanti, atau lebih teruk mengambil kesempatan atas kelemahan awak," kata pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube