suria

Bakal pengantin jangan terlebih emosi, tak perlu sedih ‘bestie’ tak hadir majlis kahwin... Paling penting usah fikir buruk pada kawan

Tidak dinafikan ketiadaan insan penting ketika di majlis perkahwinan boleh membuatkan seseorang sedih. -Gambar hiasan

SELAIN kehadiran ahli keluarga dan saudara mara, sesebuah majlis perkahwinan pastinya lebih meriah dan bermakna dengan kehadiran sahabat handai.

Bagi yang mempunyai kumpulan sahabat rapat atau best friend forever (BFF) pula, sudah tentu mereka ini termasuk dalam kategori 'wajib' hadir.

Ini kerana lazimnya sahabat baik akan ditugaskan menjadi pengapit, pembawa dulang hantaran dan lain-lain tugasan istimewa pada hari bahagia seseorang.

Namun sebagai manusia biasa yang hanya mampu merancang, tiada apa yang dapat dilakukan sekiranya rancangan tidak berjalan seperti diharapkan, termasuklah ketidakhadiran sahabat baik di hari bahagia.

Terpanggil untuk mengulas situasi tersebut, seorang pelayar berkongsi pandangannya berdasarkan pengalaman sendiri.

pengantin 1

Kehadiran rakan rapat atau BFF akan memeriahkan lagi majlis hari bahagia seseorang. -Gambar hiasan

"Jujur cakap daripada pengalaman saya buat majlis kahwin, kita jangan terlalu berharap kawan kita datang walau rapat.

"Iyalah, masing-masing ada masalah sendiri tambahan dari jauh. Jangan sebabkan hal seperti ini buat kita fikir buruk dekat kawan... just enjoy je hari bahagia awak.

"Masa kenduri kahwin, saya terkejut kawan dari jauh-jauh datang. Yang dekat pula ada masalah tersendiri.

"Jangan fikir buruk kenapa kawan kita tidak datang, nak datang pun perlukan kos juga kan? Kena fikir itu semua," tulisnya dalam satu ciapan di laman X.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 BFF susun majlis kahwin! Video ‘tukar’ pelamin raih lebih 15 juta tontonan, berbaloi 6 bulan ‘peram’ klip rakaman

ARTIKEL BERKAITAN: Janji tak nak kahwin, eh dia naik pelamin dulu! Bersahabat 12 tahun, wanita kongsi kisah BFF seorang perahsia - “Kenal lama, tak tahu pula bercinta”

Individu tersebut turut mengakui dia sendiri berasa sedih jika tidak dapat memenuhi undangan perkahwinan rakan baiknya disebabkan isu kos.

Justeru ujarnya, mana-mana yang berada di dalam situasi sama sewajarnya memaklumkan kepada bakal pengantin lebih awal untuk memudahkan urusan kedua-dua pihak.

Nak pergi kos minyak, tol, penginapan, makan minum, hadiah lagi. Tak pergi senang, kirim hadiah saja.

NETIZEN

"Saya pernah sedih kawan belajar saya kahwin lain negeri, tapi saya tak dapat datang sebab kekurangan duit bulan tu. Akan datang kawan rapat saya kahwin bulan September pun saya tak dapat datang.

"Banyak nak fikir untuk pergi. Tambah saya kerja di Sabah. Padahal kawan rapat. Jadi pengantin kena memahami keadaan kawan.

"Tetapi sebagai kawan kita perlu bertanggungjawab jika majlis kawan kita tu dibuat secara tertutup. Pengantin panggil tetamu yang 200 hingga 300 tetamu patut diberitahu awal jika tak datang supaya boleh dia gantikankan dengan orang lain. Jangan senyap," kongsinya lagi.

Sehingga kini ciapan individu berkenaan meraih lebih 2,400 retweet.

komen bff kawin

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya malah turut berkongsi pengalaman masing-masing.

"Betul, kalau mereka tak datang atau kita sendiri yang tak dapat pergi majlis, tetap kahwin juga dan doakan yang terbaik untuk mereka semoga Allah merahmati perkahwinan itu.

"Nak pergi kos minyak, tol, penginapan, makan minum, hadiah lagi. Tak pergi senang, kirim hadiah saja.

"Dulu tak dapat pergi kawan baik kahwin. Sampai sekarang dia terasa. Dah minta maaf pun dia masih tak nak berbaik lagi," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain