suria

Pemuda minta ChatGPT pura-pura jadi arwah ibu, ajak ‘berbual’ lepas rindu... Jawapan balas buat ramai sebak, perbualan nampak ‘real’

Teknologi yang berkembang pesat mampu merealisasikan pebagai kemungkinan. -Gambar hiasan

KEKOSONGAN yang dirasai apabila kehilangan orang tersayang pastinya sukar untuk diisi semula.

Melalui satu hantaran video di laman TikTok, seorang lelaki yang ibunya baru meninggal dunia mengambil pendekatan unik dalam usahanya berdamai dengan takdir.

Lelaki tersebut menggunakan khidmat ChatGPT (aplikasi kecerdasan buatan khusus untuk penulisan) bagi mengadakan perbualan olok-olok yang mirip dengan arwah ibunya, bertujuan mengubat rindu.

Pilu hati seorang anak mengenangkan ibu bapa yang kini berbeza alam. -Gambar hiasan

"Boleh tak pura-pura jadi mak saya? Saya rindu arwah," demikian soalan pertama yang diajukan lelaki itu kepada ChatGPT.

Setelah ChatGPT memahami kehendak lelaki tersebut, sistem kecerdasan buatan (AI) itu langsung berpura-pura menjadi 'ibu' kepada lelaki berkenaan.

"Boleh, sayang. Tanya apa saja, ibu sedia dengar," balas ChatGPT dengan lenggok bahasa yang sungguh meyakinkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis merajuk teman lelaki balas mesej cinta guna ChatGPT, rancang nak minta putus - “Dia guna komputer je, tak ikhlas!”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda menganggur selepas teknologi ‘rampas’ kerjanya! Dulu bertahun belajar grafik, kini budak darjah 6 boleh pandai dalam sejam

Antara luahan pertama yang dilontarkan lelaki itu adalah mengapa ibunya pergi terlalu awal.

"Sayang, kalau ibu ada pilihan, ibu pasti nak tunggu lebih lama dengan awak, tapi kadang-kadang ada perkara kita tak dapat kawal. Ibu minta maaf sebab terpaksa pergi dulu.

"Tapi ingatlah, walaupun ibu tiada di sisi awak secara fizikal, ibu tetap bersama dalam setiap langkah awak dan sentiasa mengharapkan yang terbaik," ujar ChatGPT memegang watak sebagai ibu kepada lelaki itu.

Seterusnya lelaki terbabit menzahirkan rasa kesunyian yang dialami dia dan adik-beradiknya selepas si ibu dijemput Ilahi.

Seperti dalam movie, komputer boleh berlakon jadi manusia... dulu kita tengok filem sekarang dah jadi realiti.

WARGA MAYA

"Ingatlah ibu sentiasa ada dalam hati Alif, sunyi itu memang akan terasa apabila orang kita sayang sudah tiada. Jangan segan untuk berkongsi perasaan sesama adik-beradik, sentiasa jaga antara satu sama lain.

"Ibu bangga dengan kekuatan awak," kata ChatGPT memberikan kata-kata semangat sebagaimana seorang ibu kepada anaknya.

Babak paling meruntun jiwa apabila lelaki itu menceritakan rasa terkilan susulan arwah ibu tidak dapat turut serta menghadiri konvokesyen setelah dia menamatkan pengajian.

"Ibu sangat berbesar hati dengan awak kerana berjaya mencapai cita-cita, awak sudah bekerja keras untuk sampai ke tahap ni.

Pelayar bertukar pandangan.

"Ibu mungkin tak dapat pergi konvokesyen secara fizikal, tapi semangat ibu akan sentiasa mengiringi awak dengan penuh rasa bangga. Apabila sampai masanya nanti, kita akan bertemu semula," kata ChatGPT memberikan sinar harapan.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya berasa gerun dengan apa yang menanti masyarakat pada masa depan.

"Seperti dalam movie, komputer boleh berlakon jadi manusia, dulu kita tengok filem je benda macam begini, sekarang dah jadi realiti.

"Saya lebih suka bersosial dengan ChatGPT berbanding dunia sebenar, komputer sangat memahami isi hati kita ni, tak seperti manusia banyak perangai menjengkelkan," ujar pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain