suria

Ramai sedar sesuatu sikap segelintir doktor perubatan... Dakwa rasa diri terpaling tahu semua perkara, suka cakap besar

Sikap segelintir doktor perubatan menjadi perbualan di media sosial. -Gambar hiasan

SETIAP pekerja mempunyai ego tersendiri untuk mempertahankan kredibiliti dalam bidang masing-masing.

Gempar di laman X apabila segelintir pihak menyelar barisan doktor perubatan yang dikatakan bersikap angkuh di platform media sosial.

Menurut mereka, kumpulan doktor terbabit gemar bermegah-megah dalam bidang yang mereka kurang arif sehingga sering menimbulkan salah faham.

Doktor merupakan kerjaya yang disanjungi ramai. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran berbeza, seorang lelaki tampil dengan penjelasan mengapa doktor berkenaan cenderung bertindak sedemikian.

"Sebenarnya ramai doktor perubatan suka cakap besar dekat media sosial, sebab kebanyakan mereka rasa sesiapa yang bukan doktor ni tak pandai atau tak faham apa yang mereka katakan.

"Cuma masalahnya apabila berbicara dalam topik bukan bidang mereka, doktor ni tetap rasa mereka terpaling betul, padahal merepek je aku dengar mereka punya borak," luah lelaki tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak usia 15 tahun ketagih seks, tiduri ramai lelaki... Doktor terkejut famili minta pasang implanon, nak cegah hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Baru habis pantang, hamil lagi! Si ibu gembira tapi risau sindiran nurse, tak tidur malam takut kena marah di KK

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya juga turut bersetuju dengan perspektif yang diketengahkan lelaki itu.

"Syukur ramai dah mula sedar perkara ni, ingat ke aku seorang je yang perasan. Doktor jadi besar kepala sebab mereka dah terbiasa dinamik hubungan dengan pesakit, di mana doktor mengetahui segalanya dan pesakit hanya mendengar.

Doktor ni tidaklah bijak mana pun, cuba campak mereka ke dalam bidang kejuruteraan, mesti terkial-kial juga nak buat.

WARGA MAYA

"Ya betul, ini pengalaman saya sendiri, ada seorang doktor ni tanya saya ambil degree apa, saya pun jawab la sekian sekian. Sekali dia terus bagi 'sedas', itulah belajar tak pandai, kalau tidak boleh jadi doktor macam saya.

Pelayar bertukar pandangan.

"Pernah terjumpa juga seorang doktor mata ni, rancak berbincang tentang hal rumah tangga dan agama, semua dia boleh tapau padahal dah lari jauh bidang. Apa yang trending semua mereka (doktor) nak ulas.

"Doktor ni tidaklah bijak mana pun, cuba campak mereka ke dalam bidang kejuruteraan, mesti terkial-kial juga nak buat. Rumusannya adalah tidak ada manusia yang serba boleh dalam segenap bidang, kita ada kekangan," demikian kata beberapa pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain