suria

Mak-mak stres hadap pengasuh jenis suka hati cuti... Suami sakit pun tak boleh mengasuh, bayar bulanan mau penuh!

Perkhidmatan pengasuh merupakan keperluan masa kini. -Gambar hiasan

ISU pengasuh antara isu atau masalah yang perlu dihadapi golongan ibu bapa yang bekerja.

Kadang kala, disebabkan kekangan tugas, anak-anak terpaksa ditinggalkan seharian atau bermalam dengan pengasuh.

Maka tidak hairanlah kebanyakan golongan berkerjaya mengharapkan pengasuh yang diupah dapat memberikan 100 peratus komitmen dalam tugasan.

Menerusi satu hantaran, seorang wanita meluahkan pengalamannya dengan pengasuh yang gemar mengambil cuti dan berkira.

Wanita bekerjaya sering berhadapan masalah pengasuh anak. -Gambar hiasan

Wanita bekerjaya sering berdepan masalah pengasuh anak. -Gambar hiasan

"Pengasuh ni kerja kenalah komited. Anak aku sakit, aku kena cuti... anak dia sakit, aku kena cuti lagi.

"Dia tak sihat pun aku kena cuti, kalau suami tak sihat pun aku kena cuti. Suami tu aku tak faham, dia tak boleh ke kuarantin diri dalam bilik sementara isteri mengasuh budak," katanya yang pelik dengan sikap pengasuh seperti ini.

Menurutnya, sikap pengasuh terbabit menyebabkan dia dan suami, masing-masing terpaksa mengambil cuti selama empat hari dalam tempoh sebulan supaya dapat bergilir-gilir menjaga anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki jaga anak cikgu, pengasuh pun terima bonus! Ibu asuhan ini syukur dapat majikan baik, selalu ‘hulur’ lebih

ARTIKEL BERKAITAN: Anak suka pengasuh, ibu datang jemput dihalau dengan penyapu! Syahdu ‘scene’ meraung peluk kaki sampai jiran call tanya

Lebih merunsingkan apabila pengasuhnya juga berkira tentang kos untuk memanaskan bekal makanan anaknya.

"Bulan ni saja dah empat hari kami suami isteri bergilir cuti. Memang tak boleh lebih kurang langsung.

"Aku hantar makanan sejuk, dia nak aku letak dalam bekas tahan panas sebab katanya gas rumah dia habis untuk panaskan makanan anak aku," luahnya lagi.

Menyedari ramai yang mengkritik luahan hatinya kerana dianggap tidak memahami situasi pengasuh dan tidak menghiraukan jangkitan yang mungkin berlaku, dia kemudian menjelaskan bahawa majikan suaminya turut melakukan perkara sama.

Sebab itu aku pilih taska, nanti cuti habis pada dia (pengasuh) je.

WARGA MAYA

Malah kata wanita ini, suaminya diminta untuk menyerahkan surat cuti kuarantin dari klinik yang mengatakan terdapat penyakit bahaya dan bukan sekadar demam biasa.

"Samalah majikan suami saya. Soalan pertama dia tanya adalah, ada surat cuti kuarantin dari klinik tak yang mengatakan penyakit dia bahaya?

"Kalau setakat demam biasa, tak sepatutnya dia buat macam ni," tambahnya menjelaskan masalah dialami di pejabat suaminya.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan para ibu tampil meluahkan situasi sama yang dihadapi apabila mendapatkan khidmat pengasuh.

Kebanyakan warga maya mencadangkan wanita ini untuk menghantar anak ke taska.

Kebanyakan warga maya mencadangkan wanita ini untuk menghantar anak ke taska.

"Pernah hadap pengasuh macam ni, kita hantar anak-anak sebab katanya tak jaga ramai budak tapi tengok dia ambil bayi je dua orang, kemudian budak dalam enam orang. Pagi hantar anak sihat, tengah hari dia hubungi maklum anak selesema dan takut berjangkit pada budak lain. Upah pula penuh.

"Kerana kerenah ni, saya putuskan untuk hantar anak ke taska, tahu perbezaan bayaran tapi pengasuh banyak ragam.

"Sama macam saya, tapi ini suaminya yang masalah. Saya ada hantar anak seminggu je, jadi minta kurang sikit... suaminya terus guna bahasa 'kau aku' sedangkan saya tolak ansur banyak, dia hantar mak mentua klinik, bawa suami berubat dan hal keluarga lain.

"Sebab itu aku pilih taska, nanti cuti habis pada dia (pengasuh) je," kongsi beberapa warga maya.

Dalam pada itu, kebanyakan netizen mencadangkannya supaya menghantar anak ke taska kerana lebih memudahkan urusan ibu bekerjaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain