MELIHAT sekumpulan wanita berpakaian seksi, bermekap tebal di belakang lorong di beberapa kawasan segi tiga emas ibu negara pada waktu malam, mungkin ada yang memandang mereka dengan penuh rasa jijik. Maklumlah ada antara mereka sedang bekerja mencari 'pelanggan', jika ramai yang datang melanggan maka banyaklah hasil yang dikutip dan begitulah sebaliknya. Namun bagi penceramah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek, dia berpandangan bahawa bukan semua wanita yang bergelar pelacur itu melakukan kerja tersebut atas kemahuan sendiri. Segelintir pelacur dipaksa melakukan kerja terkutuk itu. -Gambar hiasan Lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi, beliau sendiri mempunyai pengalaman 'berurusan' dengan pelacur sewaktu zaman mudanya ketika masih bujang. "Ustaz dulu masa belum kahwin lagi buat prebet sapu. Bantu pelacur di Bukit Bintang balik ke rumah jagaan gengster mereka di Jalan XXXX. Ada banglo perlindungan. "Satu hari dia tanya, 'Adik, adik tak kenal orang Jabatan Agama, PDRM ke suruhlah tangkap kami semua ni. Kami ni melacur bukan sebab kami nak jadi pelacur. Suami kami jual kami. "Kakak (pelacur) ni anak imam tapi kena tipu dengan lelaki. Dia bercinta dengan lelaki tu kemudian kalah judi dan jual dia di sini," katanya menerusi hantaran di Facebook mengimbas kembali perbualan bersama pelacur tersebut. Ustaz Hanafi berkata, berkali-kali wanita berkenaan merayu dan minta bantuan daripadanya supaya melakukan sesuatu agar dirinya dapat keluar daripada terus bergelumang dengan aktiviti tidak bermoral itu. Jemaah wanita menunaikan kewajipan solat di masjid. -Gambar hiasan Malah menurut wanita itu, mereka lebih rela dipenjarakan daripada terus dipaksa menjadi hamba seks. "Tolonglah dik, panggil polis ke, pecahkan rahsia ni. Kami lebih rela masuk penjara daripada nak bayar hutang piutang suami. Kami dah tak tahan. "Dia merayu-rayu. Ustaz terperanjat dengar. Astaghfirullahal'azim, astaghfirullahal'azim. Nak tenangkan hati," kata Ustaz Hanafi lagi mengulangi dialog pelacur berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz terkejut pendedahan ketua gengster, syarat nak jadi ahli kongsi gelap tak boleh derhaka dengan mak ayah ARTIKEL BERKAITAN: Imam disegani rupanya ada zaman gelap... Pernah bankrap, 8 tahun tak solat! Rezeki melimpah lepas tergerak hati ke masjid Bercerita lanjut, dia kemudian meminta wanita itu memohon doa kepada Allah di samping menunaikan kewajipan solat. "Ingat Allah terima ke solat dan doa orang macam kami ni? Kami ni Ya Allah, dah hina sangat rasanya. luah wanita itu sebak. "Doa kak, Allah ada. Jangan tinggalkan solat. Lepas akak solat akak doa ya. InsyaAllah, polis akan datang tangkap akak dan bebaskan akak," ujarnya. Sekumpulan pelacur dicekup oleh pihak berkuasa dalam satu serbuan. -Gambar hiasan Mengikut saranan dan nasihatnya, wanita berkenaan dan rakan-rakan senasib mula mengerjakan solat dan berdoa bersungguh-sungguh memohon pertolongan dan petunjuk daripada-Nya. Apa yang berlaku selepas itu sememangnya tidak dijangka apabila mereka dicekup polis satu operasi penguatkuasaan. Jangan tengok orang berdasarkan apa luaran yang dia lakukan. USTAZ HANAFI "Mereka ditangkap, kemudiannya dapat masuk penjara. Mereka rasa selamat di penjara! Bagi mereka dengan jadual harian yang tersusun di sana. "Waktu solat, mengaji, makan dan sebagainya mereka rasa lebih bersyukur daripada menjadi pelacur di tepi jalan. "Mereka solat dan dapat perlindungan Allah. Bayangkan kalau mereka terus jahil dan jauh daripada Allah. Tiada lagi perlindungan yang terbaik dalam hidup seorang manusia," kata Ustaz Hanafi. Berdasarkan perkongsiannya itu, Ustaz Hanafi mengingatkan semua pihak agar tidak melihat seseorang itu hanya dari luaran semata-mata. Ustaz Hanafi menasihatkan semua agar tidak melihat seseorang itu hanya dari luaran semata-mata. Menurutnya lagi, bukan semua pelacur mahu meraih kemewahan hidup, sebaliknya ada yang terpaksa menggadai diri demi membayar hutang suami. "Jangan bayangkan banduan keluar dari penjara itu jahat. Kadang-kadang orang yang di luar penjara itu lebih jahat. Inilah kisah masyarakat. "Tolong jangan judge people by its cover. Jangan tengok orang berdasarkan apa luaran yang dia lakukan. Kenapalah orang tu suka-suka buat maksiat? Dekati, jangan judge," katanya. Malah kata Ustaz Hanafi, walau apa pun berlaku dan ujian dalam hidup, sentiasa mengutamakan solat. "Susah macam mana pun jangan tinggal solat. Miskin macam mana pun jangan tinggal solat. Sakit macam mana pun jangan tinggal solat. Jahat macam mana pun jangan tinggal solat!" katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube