SETIAP negara mempunyai adat, budaya dan cara tersendiri yang sudah sebati dengan rakyatnya. Perkara yang dirasakan biasa di tanah air sendiri mungkin akan kelihatan pelik atau luar biasa apabila diamalkan ketika bertandang ke negara luar. Melalui satu video tular di laman Facebook, gelagat sekumpulan warga asing dipercayai ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing menjadi perhatian warganet. Pemandu e-hailing perlu berdepan pelbagai cabaran dalam urusan harian. -Gambar hiasan Berdasarkan kapsyen video tersebut, lokasi kejadian dipercayai sekitar Penang Sentral, iaitu hab pengangkutan bersepadu di George Town, Pulau Pinang. Menerusi video itu, warga asing tersebut dilihat cuba memuatkan sebanyak mungkin barangan peribadi ke dalam but kereta e-hailing jenis Perodua Aruz, difahamkan hendak pulang ke kampung halaman atau berpindah tempat tinggal. "Mereka (warga asing) ni pesan e-hailing, lepas tu bawa barang sebanyak tu, tu dia! Barang 'sekampung' nak bawa naik kereta e-hailing. Kalau macam ni punya cerita, patutnya panggil lori setengah tan je. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kahwin warga asing takut hilang anak, suami nak bawa lari balik Pakistan... Mentua asyik telefon minta nak bela cucu! ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup sakat anak bini, bapa ‘kacau’ warga asing di masjid! Gembira dapat ‘photobomb’, macam raya di perantauan "Ini dekat Malaysia tapi nak ikut cara mereka. Gila betul mereka ni, barang je dah sebanyak tu, orangnya nak duduk mana?" soal seorang saksi di tempat kejadian. Menjengah ke ruangan komen, pelayar berpendapat perkara itu sudah menjadi kebiasaan untuk warga asing di negara mereka. Apa yang kedekut sangat nak ambil lori puak ni, tahu nak 'koboi' je semua benda, geram pula aku tengok. WARGA MAYA "Bawa la pengangkutan apa sekali pun untuk mereka ni, mesti akan sumbat selagi boleh ada kosong. Tengok sendiri dekat negara mereka, daripada kereta api, van, lori dan beca semuanya lebih muatan. "Kesian pemandu e-hailing tu, boleh rosak kereta kalau dah kena henyak sampai begitu. Kalau aku dekat tempat dia (pemandu), dah lama batal ride, tapi itulah perlukan duit demi sesuap nasi, jadi terpaksa teruskan sebab terdesak. Warga asing menjadi 'tulang belakang' pembangunan negara. -Gambar hiasan "Apa yang kedekut sangat nak ambil lori puak ni, tahu nak 'koboi' je semua benda, geram pula aku tengok. "Ini macam dah mengambil kesempatan, padahal duit ada je berkepuk sebab dah lenjan kerja kaw-kaw, tapi nak juga asal boleh," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube