MELAKUKAN kebaikan biarlah bertempat dan berpada-pada! Sebaiknya, fikirkan dulu akibat atau kesannya kerana niat murni kita berkemungkinan boleh membawa mudarat kepada diri sendiri atau orang lain. Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Muiz Nazmi berkongsikan satu insiden melibatkan isterinya yang suka memberi makanan kepada kucing. Si bulus disayangi ramai bagai menatang minyak yang penuh. -Gambar hiasan Menurut Muiz, kejadian tersebut berlaku pada lewat malam ketika dia sedang menemani isteri membasuh pinggan di dapur kediamannya, iaitu sekitar pukul 2 pagi. "Waktu ni isteri aku tengah mengandung anak pertama. Kalau nak tahu, kami ni sejenis yang suka tengok filem seram pada lewat malam. Jadi lepas movie habis, kami pun nak masuk tidur. "Tapi isteri kata dia nak pergi basuh pinggan dekat dapur dulu sebab dia tak boleh tidur dalam keadaan rumah tak bersih. Aku pun okay la, ikut sekali teman isteri di dapur," katanya memulakan cerita. ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi lagu Ulek Mayang waktu malam masa ‘camping’, 4 sahabat pulang awal! Si penyanyi ‘dipanggil’ terjun sungai ARTIKEL BERKAITAN: Wanita baru bersalin anak sulung meraung dalam wad! Meracau nampak benda hodoh tepi tingkap Sementara menunggu isteri selesai membasuh pinggan, lelaki ini sempat membancuh minuman untuk diminum sebelum mereka nai ke tingkat atas untuk tidur. "Nak dijadikan cerita, isteri aku ni ada satu tabiat, kalau basuh pinggan dia akan letak tepi sisa makanan seperti tulang untuk bagi kepada kucing. "Sisa makanan tu biasanya isteri campak dekat belakang rumah. Tapi sebab waktu tu dah lewat sangat, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena kalau buat macam tu, jadi aku pun tegur isteri," imbas Muiz Walaupun begitu, Muiz tidak langsung menegur sebaliknya mengambil pendekatan memberitahu isterinya secara berlapik supaya tidak menimbulkan rasa panik dan takut. "Aku tidaklah terus cakap ada hantu dekat luar, aku dengan tenang beritahu isteri, nanti esok je la kita bagi tulang tu dekat kucing. Tapi isteri macam tak faham maksud tersirat aku, dia tetap buka pintu dan campak tulang dekat luar. Isteri aku pun dapat rasa juga benda ni, muka dia dah nampak cuak, kami saling berpandangan. MUIZ NAZMI "Aku terkejut la isteri tak dengar nasihat aku, muka aku terus berubah. Isteri pula asyik menekan supaya aku bagi penjelasan sebab masih tak faham, kenapa tak boleh bagi sekarang tulang tu? "Aku pun cakap macam ni, pukul 2 pagi letak tulang dekat luar rumah, betul ke kucing yang makan? Selepas je aku cakap macam tu, terus rasa ada angin kuat dari luar rumah meluru ke arah kami. "Isteri pun dapat rasa juga benda tu, muka dia dah nampak cuak, kami saling berpandangan. Aku tak buang masa lagi terus tutup pintu, kemudian kami naik atas dan tidur," kata Muiz. Keesokan pagi, isteri Muiz datang meminta maaf dan berjanji untuk mengambil pengajaran daripada kejadian malam tadi. "Rupa-rupanya sebelum ni isteri dah beberapa kali bagi makan kucing ketika lewat malam, tapi ini kali pertama yang aku ada sekali dengan dia waktu dia buat macam tu. Pelayar berkongsi pandangan. "Saranan aku kalau nak bagi makan kucing macam tulang semua tu, buatlah waktu sebelum Maghrib," ujar Muiz menutup bicara. Menjengah ke ruangan komen, warga maya cuba menyedapkan hati dengan berkata ia adalah mainan perasaan semata-mata. "Mungkin kebetulan je tu angin nak lalu. Kalau nak menjawab persoalan, boleh pasang kamera litar tertutup (CCTV) dekat belakang rumah, tengok siapa yang makan tulang tu sebenarnya. "Tapi memang betul, tulang adalah makanan jin. Lagi satu, keadaan persekitaran yang kotor boleh menyebabkan jin suka datang berpesta. "Tolong jangan bagi kucing makan tulang, kesian mereka boleh tercekik. Sebab dah lapar sangat, itu yang mereka telan juga," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube