AIR dicincang tidak akan putus! Ungkapan tersebut sering dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan yang bermaksud perselisihan sesama ahli keluarga tidak akan kekal lama kerana lambat laun pasti akan berbaik semula. Bagaimanapun, menerusi satu hantaran tular, seorang wanita meluahkan kesedihan apabila adik lelaki enggan bertegur sapa dengannya sejak 10 tahun lalu meskipun pernah dibantu dari segi kewangan. Bukan itu sahaja, dia yang seolah-olah 'melepaskan anjing tersepit' terkejut apabila adik lelakinya turut mendesak supaya dia menyelesaikan tunggakan baki pinjaman kenderaan yang berjumlah lebih RM2,000. Campur tangan ibu bapa penting dalam perbalahan adik beradik. -Gambar hiasan "10 tahun lepas adik lelaki saya kehilangan kerja, jadi saya bantu sambung bayar kereta dan bayarkan tunggakan bulanan, cukai jalan dan insuran, kemudian saya gunakan kereta tersebut," ujarnya memulakan cerita. Dia yang merupakan penjawat awam mengaku bersetuju mengambil tanggungjawab tersebut atas desakan ibunya yang simpati dengan situasi adik pada masa itu. Namun semasa menggunakan kenderaan tersebut beberapa tahun lepas, dia terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kereta tidak dapat digunakan semula selain dirinya turut mengalami cacat kekal. Susulan kemalangan yang berlaku, pihak insuran telah membuat bayaran ansuran pinjaman kenderaan tersebut namun masih berberbaki RM1,000. ARTIKEL BERKAITAN: Abang buat hati kering, balik sekali-sekala tapi kunci pintu bilik di kampung... Adik bising terus halau keluar rumah! ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu gaji 7K enggan balik beraya, penat jadi ‘bank’ 6 adik beradik lain! Tak bagi duit dicop ‘kedekut’ "Baki bayaran telah dijelaskan insuran kecuali RM1,000. "Saya ada sedikit kecacatan kekal selepas kemalangan dan adik pula tak pernah tanya khabar langsung sehinggalah dihubungi adik ipar yang merupakan isterinya pada minggu lepas. "Adik ipar minta saya selesaikan baki loan yang berjumlah RM2,000 kerana mereka tidak dapat membuat pinjaman kewangan," luahnya yang merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata. Mengimbau kisah 10 tahun lalu, ujar wanita ini, kereta tersebut belum ditukarkan milik dan menyebabkan baki pinjaman sepenuhnya dipertanggungjawab atas nama adiknya. Dari segi perundangan, kereta masih nama dia. Kalau puan tidak langsaikan baki tersebut, nama dia yang akan disenarai hitam. WARGA MAYA Bagaimanapun, dia tidak pernah terlepas bayaran bulanan mahupun cukai dan insuran kereta tersebut selain menggunakan kenderaan itu selepas menyelesaikan tunggakan sebelumnya. Buntu dengan situasi yang dialami dan desakan untuk menyelesaikan baki tunggakan yang ada, dia kemudian cuba mendapatkan pandangan daripada golongan bertauliah di Kumpulan Facebook Tanya Peguam. Lebih menyedihkan apabila dia turut didesak ibunya yang sentiasa menyebelahi adik lelaki. "Dari segi etika, adakah saya yang berhutang dengan adik saya sebab saya dah tolong langsaikan tunggakan dan dia juga tak pernah bantu saya selama saya di hospital mahupun apa-apa selepas kemalangan. Selain memberi pandangan, segelintir warga maya memintanya supaya tidak mempedulikan permintaan tersebut. "Saya juga tiada bantuan nafkah daripada sesiapa. Terima kasih atas segala jawapan dan komen tuan puan," coretnya lagi. Persoalannya yang dibuatnya itu mendapat perhatian kebanyakan peguam yang turut mengikuti halaman berkenaan. Mengambil kira status perundangan, kebanyakannya memaklumkan bahawa wanita ini tidak wajar melayani permintaan adik lelakinya dan boleh mengabaikan perkara tersebut. Malah ada yang menyimpulkan bahawa adik lelakinya seorang yang tidak mengenang budi dan tiada sikap bertolak ansur. "Dari segi perundangan, kereta masih nama dia. Kalau puan tidak langsaikan baki tersebut, nama dia yang akan disenarai hitam. "Sebenarnya situasi ini, puan tidak perlu lagi layan desakan sesiapa untuk langsaikan hutang kereta yang total lost sebab bukan nama dalam geran, adik puan mementingkan diri sendiri, bila susah baru cari dan tidak ambil peduli keadaan puan. "Untuk keselamatan buatlah laporan polis dahulu kerana adik boleh buat apa sahaja jika dia seorang yang panas baran," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube