KHIDMAT jurufoto boleh dikatakan antara perkara wajib ada dalam 'checklist' sesebuah majlis perkahwinan pada ketika ini. Jurufoto penting bagi merakamkan peristiwa bersejarah yang berlaku sekali dalam seumur hidup untuk dijadikan sebagai kenangan pada masa hadapan. Namun tidak dinafikan, ada sesetengah individu yang terlalu berkira sehingga mempertikaikan caj yang telah ditetapkan oleh seseorang jurufoto. Seperti situasi yang dialami oleh seorang jurufoto ini, dia berdepan dengan kerenah seorang kliennya yang dianggap kurang beradab. Menurut jurufoto yang dikenali sebagai AM, klien tersebut menghubunginya melalui WhatsApp pada minggu lalu untuk membatalkan tempahan perkhidmatan dengan alasan 'sepupunya mahu menaja'. Sebahagian daripada tangkap layar (screenshot) perbualan antara AM dan kliennya. "Permulaan deal beberapa minggu lalu berjalan baik dan deposit pun dibayar RM200 untuk majlisnya yang bakal berlangsung awal tahun depan. "Namun pada pagi Khamis lalu, dia mesej beritahu nak cancel sebab ada yang nak sponsor. Saya tak ada masalah pun malah masa tu perbincangan elok saja dan nadanya sopan. "Namun malam hari yang sama, dia mesej dengan tanpa memberi salam, dia pertikaikan tentang deposit yang kena burn. Menurutnya, jika dia beritahu awal untuk cancel majlis tersebut, deposit itu tidak perlu burn... kecuali kalau dia bagitahu last minute, baru boleh burn. "Ayat yang agak tidak beradab keluar dari pihak klien 'dah la tak buat kerja lagi, tapi abang dah burn duit tu, kira duit tu tak halal... tak rasa bersalah ke?'. Sedangkan dalam terma dan syarat invoice telah tertulis 'jika pembatalan majlis datang dari pihak pelanggan, deposit akan dikira burn," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar hilang sabar tegur bridesmaid 'lebih sudu dari kuah', ganggu kelancaran majlis ARTIKEL BERKAITAN: Harungi banyak dugaan ketika bertunang, jurugambar Malaysia akhirnya nikah model Rusia - “Mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia” Menurut AM, 33, dia sama sekali tidak mempunyai masalah sekiranya mana-mana klien terpaksa membatalkan slot tempahan malah memulangkan kembali deposit bagi kes-kes tertentu. "Saya tersentak dia tulis 'saya dah tanya photographer lain... konsep mana pakai burn deposit kerja tak buat lagi?' "Dengan mesej yang panjang dan tak ada 'salam', saya tersentak. Kita booking ada adab, nak cancel job pun perlu beradab. Dia minta maaf tapi saya dah tak mahu panjangkan. Saya transfer RM200, siap bagi extra RM50. AM JURUFOTO "Ada je client minta nak cancel, ada yang minta bayar separuh dulu. Saya boleh bertolak ansur dan consider selagi mana dia beradab. "Malam tu juga, selang 10 minit terus saya transfer semula deposit. Dia minta maaf tapi saya dah tak mahu panjangkan. Saya transfer RM200, siap bagi extra RM50," tulisnya yang berpangkalan di Sungai Petani, Kedah. Berpengalaman selama enam tahun sebagai jurufoto perkahwinan profesional, AM berkata sudah banyak kerenah klien yang dihadapinya. Namun, pengalaman terbaharu ini membuatkan dirinya tergerak hati untuk berkongsi di laman sosial bagi memberi pengajaran dan dalam masa yang sama membuka minda orang ramai terutama bakal mempelai sebelum membuat tempahan fotografi. Antara hasil bidikan kamera AM. "Orang ramai ingat jurufoto ni sekadar ambil gambar saja. Tapi sebenarnya tugas tu bermula dari mereka hire kita. Antaranya guide pengantin, adaptasi situasi majlis, sehinggalah menyunting. "Jadi bakal mempelai, sebelum booking, tengoklah portfolio seseorang jurufoto tu dulu. Setiap jurufoto ada keunikan dan kepakaran masing-masing. Harga yang diletak adalah berdasarkan elemen ini. "Pernah saya dapat klien. Dia hire orang lain, kemudian suruh saya edit sebab dia tak puas hati kerja orang tu. Jangan sampai sebab nak jimat, output jadi lain," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube