MASJID dan surau dibina secara amnya untuk memudahkan umat Islam dan penduduk setempat menunaikan ibadah. Justeru, menjadi perkara biasa apabila 'rumah Allah' ini sering menerima kunjungan ramai, sama ada penduduk sekeliling atau orang luar untuk menunaikan solat. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita menceritakan situasi pelik yang dialami ketika sedang menunaikan solat fardu di sebuah masjid. Katanya, amat menyedihkan apabila kariah masjid tersebut tidak prihatin dan menutup lampu ketika terdapat individu lain sedang menunaikan solat. Masjid adalah 'rumah Allah' dan boleh dikunjungi sesiapa sahaja. -Gambar hiasan "Masjid sekarang ni spesifik untuk ahli-ahli sahaja ke? "Teruk betul perangai makcik masjid tadi, sanggup tutup lampu semua sedangkan orang tengah solat lagi," luahnya dalam hantaran yang dikongsi. Lebih mengecewakan apabila dia mendakwa turut digesa untuk keluar dari masjid sejurus menunaikan solat meskipun belum sempat memakai tudung. Ahli kariah wanita tersebut memberikan alasan dia mahu mengunci pintu masjid berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda minta jemaah bukan kariah faham ‘budaya’ masjid... Jangan menonong masuk, saf depan khas untuk orang tertentu ARTIKEL BERKAITAN: Masjid simpan memori indah dengan 'kawan lelaki’, wanita tinggalkan hadiah untuk ‘mentua tak jadi’ di ruang solat "Nak pakai tudung pun tak boleh dah, alasan nak kunci pintu. Allahuakhbar. "Siap 'pakej' anak menangis kerana takut gelap pun, kering je hati makcik tu... masjid memang untuk dia saja ke?" ujarnya lagi. Wanita ini berpandangan, sikap kariah masjid seperti ini akan membuatkan generasi muda masa kini akan menjauhi masjid. "Punca anak muda tak nak ke masjid sebab ada puak macam ni," tambahnya. Sebab tu suka pergi solat kat stesen minyak. Lepas solat, tutup lampu dan kipas sendiri. WARGA MAYA Luahannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya. Rata-ratanya meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan kariah setempat itu yang disifatkan tidak beradab, tidak berbudi bahasa serta penting diri selain turut berkongsi pengalaman masing-masing. "Selalunya AJK (ahli jawatankuasa) masjid akan pastikan semua jemaah keluar dahulu, baru tutup lampu, kipas dan aircond. Semoga makcik tu diberikan hidayah. "Pernah kena juga, solat kat masjid Kuala Terengganu, tengah-tengah solat tapi dah nak habis... mereka tutup kipas dan aircond. Memang geng makcik-makcik. Warga maya turut berkongsi pengalaman ketika mengunjungi masjid di luar kawasan mereka. "Itu belum makanan yang orang infak, siap main 'cop'... lagi-lagi makanan sedap dan mahal depan mata. "Pernah pergi jalan-jalan Melaka, dah masuk waktu Maghrib. Singgah satu masjid ni yang kebetulan ada penceramah, anak perempuan tak boleh masuk sebab makcik tu cakap yang ruang dalam untuk jemputan sahaja," ujar beberapa warga maya. Dalam pada itu, terdapat segelintir pelayar yang mengaku lebih memilih surau di stesen minyak mahupun kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk menunaikan solat berbanding masjid. "Aku rela solat di stesen minyak atau R&R... hati pun senang. "Sebab tu suka pergi solat kat stesen minyak. Lepas solat, tutup lampu dan kipas sendiri. "Saya jarang ke masjid untuk apa-apa aktiviti sebab kecil hati dengan makcik-makcik masjid. Kurang pahala sebab mencarut dalam hati," luah segelintir lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube