suria

Sukarela jaga mentua sampai habis hayat, wanita dibuang ipar duai selepas jatuh sakit... Suami pula gantung tak bertali

Besar ganjaran bagi mereka yang berkorban demi menjaga ibu bapa. -Gambar hiasan

HABIS madu sepah dibuang!

Demikian perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan nasib wanita ini yang disisihkan keluarga mentua selepas banyak mencurahkan bakti.

Menurut wanita berkenaan, dia sukarela menawarkan diri menjaga ibu mentuanya yang sakit memandangkan ipar duainya merupakan golongan berkerjaya.

"Setahun lebih jaga mentua sakit, Alhamdulilah, ipar duai okay biarpun diaorang semua badan kerajaan.

"Dan saya pula kerja biasa-biasa tapi berhenti kerja sebab tak ada siapa nak jaga mentua," kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

Bagaimanapun menurut wanita berkenaan, hubungan dengan ipar duai yang pada asalnya baik, berubah menjadi sebaliknya selepas ibu mentua meninggal.

mentua 2

Tidak semua individu sanggup berhenti kerja demi menjaga orang tua di kampung. -Gambar hiasan

"Timbul isu saya bukanlah isteri pilihan buat adik mereka. Dan sekarang saya dah tinggal semula dengan keluarga saya.

"Saya ditinggalkan suami gantung tanpa tali bermula sebelum raya tahun ni sebab saya dah tak boleh berkerja dan kemungkinan akan lumpuh sebab ada masalah saraf," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mulut ‘laser’ berubah sopan, rupanya nak pinjam nama adik ipar mohon Rumah Mesra Rakyat! Sebelum ni tak pernah jaga hati

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menyesal berjiran dengan adik-beradik, akhirnya jual rumah gara-gara kakak ipar toksik! Kasihan isteri selalu disindir

Cerita wanita berkenaan, apa yang membuatkan dirinya bertambah sedih, keadaan yang dialaminya ketika ini berpunca kerana terjatuh sewaktu menjaga arwah ibu mentua.

Allah dah sediakan ganjaran besar untuk awak. Biarlah mereka. Fail cerai saja daripada terus digantung tak bertali.

NETIZEN

"Pernah jatuh bersama arwah mentua masa jaga dia. Saya tak pergi hospital pun masa tu, yang dibawa (ke hospital) hanya mentua.

"Walhal mentua jatuh atas badan saya tapi saya yang jatuh terhentak, menyebabkan saya tak boleh bekerja heavy duty... hanya light duty. Doakan saya terus kuat ye para sahabat," demikian luah wanita berkenaan menerusi satu hantaran di sebuah laman grup Facebook.

Hantarannya ternyata mengundang simpati warga maya yang rata-ratanya memberikan kata semangat selain mendoakan agar dia mendapat ganjaran atas pengorbanan yang dicurahkan.

komen mentua

Rata-rata warga maya memberikan kata semangat buat wanita berkenaan.

"Walau mereka tak kenang budi awak, percayalah Allah dah sediakan ganjaran besar untuk awak. Biarlah mereka. Fail cerai saja daripada terus digantung tak bertali.

"Insan yang teraniaya ni Allah makbulkan doa dia. Sabar, semoga satu hari nanti awak akan bahagia, gembira dan tersenyum.

"Allah tidak tidur. Ada hikmah atas apa yang berlaku. Pasal suami dan ipar biras tu lupakan mereka. Berusahalah untuk sembuh, itu lebih penting," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain