TIDAK semua yang bergelar isteri sanggup dimadukan atau hidup dalam dunia poligami. Apatah lagi sekiranya si suami membuat keputusan sendiri, memutuskan untuk berkahwin lain tanpa persetujuan bersama. Begitulah situasi wanita ini yang baru mendapat tahu suaminya sudah berkahwin lain sejak tiga tahun lalu. Menerusi posting kisah hidupnya di grup Keluarga Bahagia Selamanya, apa yang membuatkan dia lebih terkilan apabila perkahwinan itu turut disembunyikan oleh keluarga mentua. "Usia perkahwinan saya 19 tahun. Saya baru tahu suami telah berkahwin lain tiga tahun dulu. Penerimaan keluarga mentua juga penting untuk kebahagiaan sesebuah rumah tangga. -Gambar hiasan "Ini pun sebab Allah tergerakkan hati saya tunjukkan semua penipuan suami dengan keluarganya. "Hubungan saya dengan keluarga suami memang baik tak ada masalah apa-apa. Malahan jika mereka bertandang ke rumah, saya yang bersungguh-sungguh masak macam-macam," ujarnya. Lebih memilukan lagi, suaminya dikatakan sudah bertunang selama satu tahun sebelum berkahwin dengan wanita tersebut. Keluarga suaminya juga menyambut baik kehadiran orang ketiga dalam rumah tangganya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang kali kedua tapi mati-mati tak mengaku... Sanggup sumpah atas nama Allah bimbang lafaz taklik dikira sah ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tulis nota sebelum bunuh diri, kecewa dapat tahu isteri curang dengan doktor - “Saya akan cintakan awak walau selepas mati” Walaupun menyedari perubahan sikap suaminya sebelum ini, namun dia tetap mencuba untuk sentiasa bersangka baik. "Pertunangan dan perkahwinan suami, keluarganya raikan bersama-sama. Hibanya hati saya ditipu hidup-hidup. "Saya mempunyai tiga orang anak, semua masih kecil. Layanan pada kami pun dah kurang sangat," kata pengadu itu lagi. Memandangkan suaminya tidak lagi mampu berlaku adil selepas mempunyai dua isteri, wanita ini berhasrat untuk berpisah. Namun, timbul kerisauan dalam diri apabila mengenangkan nasib dirinya dan anak-anak kelak. Layanan pada kami (keluarga) pun dah kurang sangat. PENGADU "Sekarang ni saya dalam dilema hendak bercerai atau teruskan saja perkahwinan ini. Suami tak adil dan tak mampu. Hutang sana sini. "Layanan pada kami (keluarga) pun dah kurang sangat. Jika bercerai apa hak saya dan anak-anak sebab saya ni suri rumah saja," katanya. Hantaran tersebut meraih pelbagai pendapat netizen selepas dikongsikan di Facebook. Rata-rata bersetuju sekiranya wanita ini memilih untuk berpisah memandangkan suaminya tidak lagi mampu untuk menyara keluarga. Komen netizen di Facebook. "Pada saya la, kalau dah keluarga mentua bersubahat sama, hilang sudah rasa hormat. Puan ke mahkamah syariah buat permohonan nafkah untuk puan dan anak. "Ini kerana suami telah berpoligami dalam keadaan dia tak mampu. Ini untuk memastikan nafkah puan dan anak-anak tidak terabai. Kalau buat potongan gaji dari majikan suami pun senang. "Macam mana suami berkahwin lagi tanpa melalui proses mahkamah... walaupun tanpa kebenaran isteri pertama, wajib permohonan poligami dibuat di mahkamah untuk menentukan kemampuan suami. Jika tidak, kita tambah lagi satu kes...penipuan status," komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube