suria

Suami isteri pokai tinggal RM10, kereta tersadai tiada minyak... Rezeki masuk tepat waktu lepas niat gembirakan anak

Kesempitan kewangan boleh menjejaskan kualiti kehidupan. -Gambar hiasan

SATU pintu tertutup, pasti terbuka pintu rezeki yang lain.

Demikianlah pengajaran yang diperoleh seorang wanita untuk terus berusaha dan percaya dengan rezeki Allah walaupun ditimpa ujian demi ujian.

Melalui satu video tular di TikTok, wanita itu yang menyediakan khidmat servis penapis air dari rumah ke rumah berkongsi kisah melibatkan kewangan rumah tangganya.

Perbelanjaan keluarga perlu dirancang dengan teliti. -Gambar hiasan

Menurut wanita yang mempunyai dua anak kecil itu, dia pernah terkandas di tepi jalan kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk mengisi minyak kereta.

"Saya dan suami ada dua kereta, kalau waktu pagi, rutin saya hantar anak bongsu ke rumah pengasuh dan yang sulung pula ke taska. Pada hari kejadian, saya nampak lampu minyak kereta menyala, maksudnya dah nak habis.

"Nak isi minyak tak boleh sebab dalam dompet tiada duit langsung, hatta walau RM1. Takut sangat dalam hati kalau kereta mati tengah jalan, duduk berdoa bagi la sekurang-kurangnya sempat sampai ke taska.

"Apabila sampai depan taska je terus minyak kereta habis, lega rasa. Anak yang sulung masuk ke dalam taska, tinggal saya dengan yang paling kecil dalam kereta. Saya tunggu suami untuk datang tolong.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider lalui hari ‘malang’, serba serbi tak kena dalam sehari... Nak solat pun ada halangan, akhirnya dapat rasai hikmah ujian

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menyesal bawa anak bini pindah ke kampung! Ibu bersikap dingin, cakap lepas... Terbantut niat nak tabur bakti

"Kesian tengok anak berpeluh-peluh duduk menahan panas," ujarnya.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, wanita itu terkejut apabila menyedari suami juga berada dalam situasi yang hampir serupa.

"Saya tengok kereta suami, meter minyak tinggal satu bar, suami cakap dia cuma ada RM10. Tak cukup nak isi minyak kedua-dua kereta, kami kena gerak sekali. Nasib baik suami kerja syif malam, boleh la dia teman saya.

"Selepas hantar anak bongsu duduk dengan pengasuh, kami pergi isi minyak kereta suami guna duit RM10, dapat naik jadi dua bar boleh la tu. Kemudian saya masuk kerja, sementara suami tunggu dalam kereta di luar rumah klien.

"Alhamdulillah minyak kereta suami cukup untuk bawa saya ke lapan rumah klien yang perlu diservis hari tu. Waktu di rumah yang terakhir, saya terdetik selepas habis ni nak pergi bawa anak berjalan-jalan di taman.

Hebat macam mana pun seseorang tu urus kewangan, pasti ada hari yang akan diuji sampai 'pokai'.

WARGA MAYA

"Apabila saya masuk kereta je, saya terus beritahu suami tentang niat saya tu. Sewaktu kami dalam perjalanan ambil anak bongsu di rumah pengasuh, tiba-tiba saya dapat satu khabar gembira," ujar wanita.

Wanita tersebut menerima notifikasi memaklumkan permohonan untuk mengeluarkan Akaun Fleksibel (Akaun 3) bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah diluluskan.

"Dari minggu lepas lagi dah mohon sebenarnya, sampai hampir terlupa tentang duit tu. Hari ini duit masuk tepat pada waktunya, berjumlah RM100. Mungkin asbab berniat nak menggembirakan anak.

"Inilah juga kot yang orang panggil sebagai rezeki anak. Selepas ambil kakak dengan adik, kami terus ke taman, alang-alang tu singgah beli jajan sekali. Nampak penuh keriangan wajah anak-anak, seronok dapat keluar berjalan.

"Dengan duit KWSP tu juga boleh isi minyak kereta yang tersadai dekat taska tadi, terima kasih Ya Allah kerana menunjukkan jalan-Mu. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan, hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan hati kami ini.

Pelayar bertukar pandangan.

"Semoga saya dan suami lebih tabah dan kuat untuk mengharungi ujian di masa akan datang," katanya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya mempersoalkan kecekapan wanita itu untuk menguruskan kewangan.

"Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tapi boleh ada sampai dua kereta, macam mana tu? Orang lain ada yang pergi kerja naik motosikal, ujian sis ni sikit je.

"Kalau sis rasa hidup ni sudah terlalu susah, percayalah dekat luar sana pasti ada yang lebih susah.

"Hebat macam mana pun seseorang tu urus kewangan, pasti ada hari yang akan diuji sampai 'pokai', jaga mulut masing-masing," ujar warga maya berbeza pandangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain