suria

Enggan ambil pelanggan sebab baju basah, sempat pula ‘sound’ tak fikir akibat... Pemandu e-hailing akur rating jatuh

Seorang pemandu e-hailing menerima pelanggan yang baru selesai bersukan. -Gambar hiasan

MENCARI rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup, pemandu e-hailing tidak terkecuali berdepan dengan pelbagai cabaran ketika bertugas.

Bukan sahaja cuaca buruk dan kesesakan lalu lintas, malah dugaan juga datang daripada penumpang sendiri.

Lebih menguji kesabaran apabila wujud segelintir penumpang yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri sehingga membebankan pemandu.

Bekerja sebagai pemandu e-hailing banyak cabarannya. -Gambar hiasan

Begitulah nasib malang yang menimpa seorang pemandu e-hailing yang mempunyai rating 4.4 sebelum insiden berdepan seorang penumpang yang kelihatan tidak terurus kerana baju dibasahi peluh.

“Semalam dapat penumpang yang baru lepas bersukan. Dah mula berat nak pick up.

“Sekali sampai dengan baju basah berpeluh nak naik. Memang tak la,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing mengaku kerja ‘gomen’... Isteri dah 2 tahun tertipu, siap buat loan beli Honda fikir suami mampu bayar

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Sabah hijrah ke KL demi duit lebih, tak mahu cuma cukup makan! Suami jadi pemandu e-hailing, gembira anak dapat sekolah

Menurut pemuda itu, dia kemudian meminta penumpang berkenaan supaya membersihkan diri terlebih dahulu sebelum menaiki keretanya.

“Suruhlah bersihkan diri, tukar baju, tak nak. Dia marah-marah pula,” ujarnya.

Aktiviti kecergasan merupakan sebahagian daripada gaya hidup sihat. -Gambar hiasan

Namun apa yang mengejutkan apabila ratingnya terus merosot selepas kejadian itu.

“Tiba-tiba pagi ni on rating turun terus. Tak puas hati betul aku. Nak naik tukar la baju.

“Bawalah baju spare. Aplikasi (syarikat e-hailing) tak tengok kenapa ke? Terus rating jatuh,” dia mempersoalkan syarikat pengendali servis itu tidak meneliti punca disebabkan penumpang sendiri yang membatalkan tempahan.

Pendedahan pemandu e-hailing itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet mengenai punca sebenar ratingnya rendah.

“Dah tahu macam tu bawa juga kenapa? Sayang sangat nak cancel? Kemudian nak 'melalak', buat apa,” kata seorang warga maya mempersoalkan tindakannya itu.

Kutip juga kenapa? Dah boleh baca akibatnya.

WARGA MAYA

Pemandu itu kemudian tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak sempat menjemput pelanggan itu kerana penumpang berkenaan sudahpun membatalkan tempahannya.

“Tak pick up. Tiba-tiba dia cancel sebab tak nak bawa dia. Badan tak bersih,” katanya.

Pemuda kesal dengan sikap penumpang yang mementingkan diri sendiri. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib malang yang dialaminya, sambil memberikan pandangan masing-masing.

Segelintir mereka berpendapat bahawa ratingnya jatuh disebabkan tindakan menegur penumpang itu yang berpeluh.

Cancel je bang. Kalau kita tegur, kita kena balik.

“Penumpang tu memang tak boleh terima teguran.

“Kutip juga kenapa? Dah boleh baca akibatnya.

“Jangan komen (tegur). Budak sekarang generasi ‘strawberi’. Cancel saja depan mereka. Saya cancel sambil tengok muka mereka selamba saja,” demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain