suria

Peniaga nasi campur akur semak semula harga cekik darah! Sebelum ini pelanggan merungut disuruhnya beli barang, masak sendiri

Nasi putih lauk ikan keli yang dicaj RM12 membuatkan ramai naik darah. -Gambar hiasan (kanan)

HIDUP di zaman kegawatan ekonomi ini, pasti ramai yang cakna dengan setiap harga makanan yang dibeli di restoran ataupun gerai.

Kritikan membina ada kalanya diberikan oleh pelanggan supaya pengusaha atau peniaga boleh membuat penambahbaikan yang sewajarnya daripada kesilapan mereka.

Melalui satu hantaran tular di laman Facebook, seorang wanita berkongsi rasa tidak puas hati selepas membeli nasi campur yang harganya dianggap cekik darah.

Peniaga seharusnya berlaku jujur dalam mencari rezeki. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia membeli nasi putih kosong dengan lauk ikan keli berlada dari sebuah kedai di Bandar Tun Hussein Onn, Selangor.

"Saya terkejut harga makanan yang saya beli ni sampai mencecah RM12. Nasib baik saya tak tambah sayur, kalau tidak mahu jadi RM20 semua sekali.

"Normal ke sekarang harga makanan macam ni?" soal pelanggan itu ingin tahu, bimbang dirinya menjadi mangsa peniaga tak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan bengang sotong goreng tepung mahal! Terbongkar ramai dah ‘pangkah’ menu ini kalau makan di restoran

ARTIKEL BERKAITAN: Seram beli buah potong timbang di festival makanan! Peniaga nak cepat kaya letak banyak kuah rojak pekat, harga ‘melambung’

Susulan perkongsiannya itu, seorang wanita yang mengaku dirinya pemilik premis tampil memberikan penjelasan secara sinis.

"Terima kasih kerana membeli di kedai saya. Cuba awak beli barang, masak gunakan daya tangan dan lidah anda," ujar peniaga terbabit.

Walaupun begitu, ibarat buku bertemu ruas, penjelasan pemilik restoran tersebut dibidas oleh seorang lagi individu yang dilihat berani memberikan teguran.

Kalau awak berubah, mungkin Allah akan lebihkan lagi rezeki awak.

PENIAGA MAKANAN

"Sebagai peniaga, awak beli barang dapur bukannya untuk masak dekat dia (pelanggan) seorang. Mahal tau harga RM12 untuk nasi dan ikan keli sahaja.

"Dekat tempat saya, kalau ikan keli dengan nasi dan sayur, cuma harga RM9. Kira balik modal dan untung awak tu, jangan sampai lepas ni orang tak singgah terus gerai awak.

"Kalau awak berubah, mungkin Allah akan lebihkan lagi rezeki awak. Jangan hanya tahu cakap, tak mengapa rezeki Allah bagi," katanya.

Terbuka hati dengan nasihat bertubi-tubi daripada warga maya, peniaga kedai cekik darah yang menjadi tumpuan itu akhirnya akur akan kesilapannya.

Pelanggan merupakan aset terbesar sesebuah perniagaan. -Gambar hiasan

"Terima kasih semua kerana memberikan komen yang positif, saya akan terima nasihat mengenai aspek harga, rasa dan persembahan makanan.

"Apa yang kurang itu semua daripada kesilapan saya, sangat menghargai komen-komen anda semua," ujarnya merendah diri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pelayar juga bersetuju bahawa harga makanan yang dikenakan peniaga itu adalah tidak berpatutan.

"Jujur cakap, walaupun gerai awak dekat tengah Kuala Lumpur, harga sampai RM12 untuk makanan macam tu je sangat mahal. Lain la kalau kedai awak dalam pusat beli belah, itu boleh faham lagi.

"Bayar mahal untuk makanan yang sedap dan berbaloi saya tak kisah, tapi ni tengok rupa pun ala kadar je," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain