PENGAMBILAN pil perancang adalah salah satu kaedah untuk merancang keluarga atau mencegah kehamilan bagi golongan isteri. Selain membantu menjarakkan kehamilan, amalan ini juga dapat membantu menjaga kesihatan fizikal dan mental para ibu. Maklumlah, menjaga anak kecil bukanlah tugasan mudah selain perlu memikirkan aspek lain seperti kewangan demi masa depan mereka yang lebih terjamin. Bagaimanapun, kaedah yang sinonim dengan golongan ibu ini, telah disalah anggap atau mungkin boleh disalah guna oleh sesetengah individu. Klinik menjadi tempat rujukan bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan. -Gambar hiasan Menerusi hantaran di aplikasi Threads, seorang doktor mendedahkan terdapat individu yang ingin menggunakan kaedah perancang kehamilan jenis implanon pada adiknya yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah. "Ada kakak ni bawa adik perempuan umur 15 tahun, datang klinik sebab nak request untuk pasang implanon pada adik dia," ujarnya memulakan cerita. Menurut doktor wanita ini, perkara paling mengejutkan adalah pemasangan tersebut adalah bertujuan untuk mengelakkan remaja terbabit hamil kerana tingkah lakunya yang liar dan sukar dikawal. ARTIKEL BERKAITAN: “Punoh salah pilih saing!” - Ramai ‘seram’ baca perbualan dua remaja perempuan, tak malu bincang aktiviti seks bebas ARTIKEL BERKAITAN: Ayah kaki pukul, mak lari ikut lelaki lain! Nasib murid kelas belakang buka mata cikgu... Suasana di rumah mereka dah cukup ‘keras’ Malah, katanya, kakak remaja terbabit turut menyatakan keluarga sudah tidak berkeupayaan untuk mengawal dirinya dan terpaksa mengambil perancang sebagai solusi. "Katanya sebab keluarga dah tak mampu nak kawal, asyik keluar malam dan tidur dengan ramai lelaki. "Jadi rancang nak pasangkan implanon sebagai langkah terakhir... risau kalau-kalau terhamil nanti," ujarnya sambil menambah ahli keluarga remaja tersebut juga telah membuat laporan polis atas kesalahan rogol. Mudah je nak pasang, kemudian biarkan adik tu bebas bersosial? WARGA MAYA Menurut doktor ini lagi, pihaknya tidak dapat menuruti permintaan tersebut kerana pelbagai perkara perlu diambil kira selain mencegah kehamilan. Implan atau implanon merupakan kaedah perancang keluarga yang semakin popular kerana keberkesanannya untuk menjarakkan kehamilan. Berbentuk rod kecil bersaiz lebih kurang sebatang mancis, ia akan dipasang di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian lengan wanita. Apabila implanon dipasang, ia akan bertindak mencegah ovulasi. Susulan itu, katanya, kaedah lain telah dicadangkan bagi membantu remaja tersebut daripada terus terjebak dengan aktiviti seksual dan bersosial. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa terkejut dengan permintaan keluarga remaja terbabit. Kebanyakan warga maya meluahkan kebimbangan tentang situasi masa kini. Ramai yang bersetuju dengan tindakan doktor ini kerana tidak menuruti permintaan tersebut yang seolah-olah menggalakkan seks rambang. "Mudah je nak pasang, kemudian biarkan adik tu bebas bersosial? Mana boleh! "Kenapa keluarga adik tu ambil jalan mudah dengan pasang untuk elak mengandung? Kenapa tak bantu adiknya untuk tidak lakukan maksiat. "Kemudian jadi normal budak bawah umur pakai pil perancang. Risaunya. "Ikut hati nak IUCD kan tapi nanti macam beri kebenaran untuk seks rambang tanpa perlu risau mengandung," demikian luahan warga maya berhubung situasi berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube