SETIAP manusia datangnya dengan pelbagai ragam yang tidak dapat diduga. Tidak hairanlah urusan jual beli atau sewa ada kalanya boleh menjadi rumit kerana melibatkan kepercayaan dan individu yang tidak dikenali. Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang wanita mendedahkan kesilapan dilakukannya ketika menyewakan rumah yang menyebabkan dirinya mengalami kerugian besar malah berdepan tindakan undang-undang. Aktiviti melombong bitcoin menelan banyak tenaga elektrik. -Gambar hiasan Menurutnya, dia terlepas pandang untuk menukarkan namanya dalam bil elektrik kepada nama penyewa. "Waktu saya sewakan rumah ni, persetujuan hitam putih semua buat, cop Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pun ada dan salinan kad pengenalan penyewa juga saya simpan. "Untuk makluman, ini kali pertama saya sewakan rumah kepada orang luar, nampaknya terus tak bernasib baik. Penyewa ni rupanya ada buat kegiatan menyalahi sisi undang-undang. ARTIKEL BERKAITAN: Bil air naik lebih RM400, rupanya paip bocor... Penyewa susah hati pemilik rumah lepas tangan! - “Pandai duduk, pandai tanggung” ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal bagi penyewa ‘rasmi’ rumah teres baru beli, pemilik sayu unit dilingkupkan! Sewa tak sampai 2 tahun "Boleh kantoi sebab anggota Tenaga Nasional Berhad (TNB) datang buat serbuan, mereka cakap penyewa curi elektrik untuk melombong bitcoin. "Yang jadi masalahnya, bil elektrik atas nama saya, bukan penyewa tu, jadi saya yang akan dikenakan tindakan iaitu disaman. Saya tengah fikir macam mana nak bagi penyewa tu yang dipertanggungjawabkan," ujarnya runsing. Tambah wanita itu, dia mengakui kesilapannya dan berharap perkara sedemikian tidak akan terkena kepada tuan tanah yang lain. Sebab tu banyak risiko apabila sewa rumah ni, benda yang kita tak jangka boleh jadi isu tiba-tiba. WARGA MAYA "Benda nak jadi kan, apa saya boleh buat? Apabila saya selidik, ada ramai lagi tuan tanah yang senasib macam saya. "Penyewa tu ada sewa beberapa rumah lain di sekitar Perak bagi melombong bitcoin. Bukan rumah saya je yang jadi mangsa. "Saya sebenarnya pantau je bil rumah melalui aplikasi TNB, tiada bacaan yang pelik sebab penyewa tu curi elektrik sebelum meter. Tapi tak dinafikan, memang silap saya kerana tak tukar segera nama pada bil elektrik. "Kalau ada sesiapa tahu jalan keluar untuk saya daripada masalah ni minta kongsikan," kata wanita itu terdesak. Pelayar bertukar pandangan. Susulan perkongsiannya ini, seorang peguam tampil memberi cadangan supaya dia menggunakan khidmat guaman untuk membuat tuntutan ke atas penyewa. Peguam itu juga memaklumkan bahawa tuan tanah atau pemilik kediaman boleh menukar nama bil TNB kepada nama penyewa. "Saya kerja di firma guaman dan dah uruskan lebih 100 perjanjian sewaan. "TNB memang boleh tukar ke nama penyewa dengan syarat sediakan Salinan perjanjian sewaan yan ada setem LHDN & photostat IC penyewa ke TNB. "Untuk bil air, kena periksa dengan khidmat bekalan air negeri masing-masing," katanya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menggesa wanita itu untuk berjuang habis-habisan bagi menegakkan haknya. "Berdasarkan pengalaman saya, kalau dalam kes begini, memang pemilik rumah yang akan kena terus. Sebab tu banyak risiko apabila sewa rumah ni, benda yang kita tak jangka boleh jadi isu tiba-tiba. "Sepanjang aku sewakan rumah dekat orang, tak pernah lagi tukar nama bil elektrik kepada penyewa. Risau juga ni, nasib baik orang yang menyewa rumah aku setakat ni semua bertamadun je. "Sis bagi lawan sampai habis, cari peguam yang berkepakaran untuk tuntut ganti rugi daripada penyewa tu, orang tak bersalah pula kena tanggung," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube