suria

Nekad resign demi ketenangan diri, besarkan anak-anak... Ahli keluarga ‘terlebih risau’, sibuk share jawatan kosong sampai naik rimas!

Segelintir wanita sering dipandang rendah kerana mengambil keputusan untuk bergelar suri rumah. -Gambar hiasan

KITA pastinya biasa mendengar ungkapan 'bahagia dengan cara tersendiri'.

Memilih untuk hidup secara sederhana bersama keluarga tanpa dibelenggu hutang juga merupakan salah satu daripada definisi kebahagiaan.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini di laman Facebook.

Wanita yang tidak mendedahkan identiti ini berkata, dia nekad untuk berhenti kerja demi memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga terutamanya anak-anak yang sedang membesar.

resign 1

Dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga juga merupakan salah satu definisi bahagia. -Gambar hiasan

"Saya seorang degree holder. Saya bekerja selama hampir 11 tahun. Awal tahun saya decide berhenti kerja demi untuk diri sendiri, ketenangan hati dan demi anak-anak.

"Anak-anak saya kecil lagi. Ada dua orang. Dua-dua lelaki yang aktif dan usia di bawah empat tahun," tulisnya pada awal perkongsian.

Bagaimanapun ujar wanita berkenaan, keputusannya untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa menimbulkan reaksi yang tidak disangka daripada ahli keluarga sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik kritik kerja isteri, lelaki serba ‘sempurna’ terima padah lepas pasangan masuk wad! Anak-anak tak terurus, baju busuk biar berlonggok

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik keletihan selepas diizin bekerja, suami merungut isteri dah tak mampu urus rumah tangga sempurna macam dulu

Ujarnya, ahli keluarganya bersikap 'terlebih prihatin' mengenai masa depannya kerana sudah tidak bekerja, sehinggakan situasi berkenaan membuatkan dia rimas.

"Ahli keluarga sendiri asyik kirim posting jawatan kosong untuk saya. Alhamdulillah dah tak ada apa-apa hutang atau komitmen bulanan.

"Melainkan yuran anak dan utilities bulanan... suami setuju untuk bayar.

Banyak duit tak menjamin hidup kita bahagia. Bersyukur dapat suami yang baik, bertanggungjawab dan mahu menafkahi kita.

NETIZEN

"Saya rimas dengan orang yang 'risau' dan selalu momokkan dengan ayat ni... nanti suami tak selamanya dengan kita, bercerai hidup atau mati nanti siapa akan tanggung saya dan anak-anak.

"Adakah salah pilihan saya berhenti kerja menjadi suri rumah? Sedih kadang-kadang. Bantu saya sahabat-sahabat, nasihatkan saya ya," demikian luahnya dalam perkongsian tersebut.

Hantaran wanita berkenaan mengundang reaksi yang bercampur daripada warga maya, dengan sebahagian menyokong pendiriannya dan ada juga yang meluahkan pendapat yang sebaliknya.

komen resign

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Saya pernah mengalami apa yang sis alami sekarang. Mereka bangga ada kerja, selalu merendahkan kita. Siap cakap kita harus berdiri atas kaki sendiri. Akhirnya dia yang ada pekerjaan tapi diuji dengan segala macam masalah.

"Banyak duit tak menjamin hidup kita bahagia. Bersyukur dapat suami yang baik, bertanggungjawab dan mahu menafkahi kita.

"Langit tak selalunya cerah. Mungkin mereka risaukan masa depan awak. Sebagai orang tua, saya pun tak izinkan anak-anak perempuan saya berhenti kerja andai satu hari mereka dah berkahwin. Hidup ini keras dan penuh ujian," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain