SETIAP perkahwinan yang dibina pastinya mempunyai liku-liku dan masalah yang perlu dihadapi seterusnya ditangani dengan sebaiknya. Seperti yang berlaku dalam rumah tangga wanita ini, dia berasa sedih dan kecewa apabila suaminya memutuskan untuk berpoligami. Sebagaimana dikongsikan di Facebook, kisah gelap hidupnya bermula apabila dia terlantar sakit selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. "Jujur memang banyak kami hadap liku-liku senang bersama. Memang sakit tapi saya bahagia. Kami dikurniakan dua cahaya mata. Setiap rumah tangga sudah pasti diuji dengan pelbagai dugaan dan masalah. -Gambar hiasan "Tahun 2023 saya hamil lagi tapi saya sakit teruk, darah tinggi naik mencanak. Usia bayi 6 bulan meninggal dalam perut sebab saya tiba-tiba kena sawan. "Saya koma dua bulan dan bedridden tiga bulan. Dan bermulalah cerita. Saya tak tahu saya nak bersedih ke nak reda," katanya. Bagaimanapun, wanita ini akhirnya reda dan menyalahkan dirinya sendiri apabila suami memutuskan untuk berkahwin lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 12 tahun kahwin, baru tahu suami ‘dua alam’ walau solat tak tinggal - “Mereka rapat, lain macam sangat” ARTIKEL BERKAITAN: Suami nikah sahabat, wanita hidup terkontang kanting tak diberi nafkah! Berhabis 50K buat majlis kahwin boleh pula Jelasnya, mereka kini tinggal berasingan dan dia menjaga kedua-dua anak walaupun kesihatan diri tidak begitu baik. Dalam masa sama, dia cuba memaafkan suami walaupun berasa betul-betul sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. "Tapi silap sendiri tak pernah tanya sama ada dia bahagia tak dengan saya. Tahun ni dia minta nak berpoligami sebab saya sakit dan tak boleh nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri. "Saya terima, tapi kisah cinta mereka saya betul-betul tak berkenan. Bagi saya, salah! Mereka betul-betul buat saya sakit hati. Orang kata jodoh. Saya nak minta berpisah cara elok dia cakap saya nusyuz. Nak tahu suami sayang kita tak, tunggu sakit je la. NETIZEN "Anak sulung dengan saya. Anak bongsu dengan saya. Nafkah memang dia tak pernah bagi. Sekadar keperluan anak sebab yang bongsu masih perlukan susu, lampin pakai buang," katanya. Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasib wanita ini. Komen netizen di Facebook. Rata-ratanya memberikan pendapat mereka berdasarkan kisah yang dikongsikan wanita ini di grup Kisah Rumah Tangga. "Kalau saya di tempat sis, saya tak tahu la boleh hadap ke tak. Dalam kita sakit, dia boleh cari lain. Cuba rujuk mereka yang lebih arif, perkahwinan untuk kita bahagia bukan derita. "Nak tahu suami sayang kita tak, tunggu sakit je la. Yang sayang kita betul-betul tak kan tinggalkan kita dan pergi kahwin lain. Moga puan sabar. Kalau rasa gantung tak bertali, pisah la cara baik. Kalau dia kata nusyuz, tanya dia apa yang nusyuznya," komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube