UMPAMA roda yang berputar, ada masa di atas, ada masa di bawah. Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang lelaki meramalkan masa depan dunia perniagaan hari ini yang mungkin akan terkubur, berdasarkan pemerhatian di sebuah pusat beli belah. Menurutnya, prospek perniagaan dalam beberapa bidang seperti pakaian akan terus muram sekiranya peniaga tidak menyesuaikan diri dengan peredaran zaman. Lambakan kedai pakaian menyebabkan pasaran menjadi tepu. -Gambar hiasan "Waktu di pusat beli belah, sambil menunggu isteri, saya sengaja berdiri di sebelah kedai pakaian ni selama 30 minit, saya duduk perhatikan keadaan di dalam premisnya. "Sepanjang saya dekat tepi kedai tu, saya nampak tak ada seorang pelanggan pun yang singgah masuk, sampai penjaga kaunter kedai tu dah hampir tertidur. "Dari sini saya boleh nampak apa yang bakal berlaku dalam 10 hingga 20 tahun akan datang, banyak kedai fizikal menjual pakaian sebegini mula ditutup, sebab mereka sudah tidak relevan. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bazar Aidilfitri putus asa baju Melayu tak laku, nasib berubah selepas kedai disinggahi lelaki Singapura ARTIKEL BERKAITAN: Kuih tak laku tiba-tiba habis diborong, peniaga bazar akui keajaiban amalan selepas Subuh dan Asar "Orang lebih selesa membeli menerusi platform e-dagang, lebih murah tapi kualiti sama. Itu sebab bazar Hari Raya Aidilfitri tak dapat sambutan sejak kebelakangan ni, mereka antara yang akan pupus dulu sebab tak mampu bersaing," ujarnya. Walaupun begitu, lelaki tersebut berkata tidak semua kedai fizikal akan lingkup ditelan arus pemodenan kerana masih ada yang malar hijau dan diperlukan masyarakat. "Kedai menjual pakaian, beg, kasut dan seumpamanya saya percaya tidak akan bertahan lama, sukar mereka nak mengejar peniaga dalam talian, tambahan ramai yang buat affiliate lagi. Staf kedai juga memainkan peranan, kalau hospitaliti mereka baik, kita akan rasa berbaloi untuk beli di kedai secara fizikal berbanding atas talian. WARGA MAYA "Sama macam video cakera padat (VCD) yang popular suatu masa dulu, hampir setiap ceruk ada jual, sekarang sudah lesap. Kejadian sama boleh berulang. "Tapi perniagaan seperti sektor pelancongan dan kedai makan akan terus hidup. Restoran sebagai contohnya, bukan orang tak boleh beli makanan dalam talian, tapi orang inginkan suasana tu. "Nasihat saya kepada sesiapa yang berniaga, kena sentiasa berwaspada, perhatikan bagaimana pasaran bergerak. Hari ni kita mungkin relevan, esok lusa belum tahu lagi," ujarnya menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya memberikan pandangan masing-masing dalam hal ini. Pelayar bertukar pandangan. "Lihat saja nama-nama besar yang berniaga dalam platform TikTok, keuntungan mereka setiap bulan boleh sampai berjuta. "Saya kurang setuju, kalau saya sendiri, saya lebih suka beli pakaian di kedai fizikal, senang nak ukur baju dan seluar. Lagi satu mudah nak tengok kain, kita boleh rasa guna tangan, kalau lihat ikut gambar saja tak cukup. "Ada sesetengah jenama pakaian pandai pasarkan produk, saya rasa mereka tak akan menghadapi masalah ni, contohnya reka bentuk baju ikut trend, harga murah dan pakaian lelaki, perempuan serta kanak-kanak dalam satu kedai. "Staf kedai juga memainkan peranan, kalau hospitaliti mereka baik, kita akan rasa berbaloi untuk beli di kedai secara fizikal berbanding dalam talian," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube