LANGIT tidak selalu cerah dan awan tidak selalu mendung, begitu juga pasangan suami isteri yang melayari bahtera perkahwinan selama bertahun-tahun, pasti ada dugaannya. Nasib sama dialami wanita ini yang telah mendirikan rumah tangga selama 17 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata. Walaupun usia perkahwinan menghampiri dua dekad, dia mendedahkan suaminya sering bersikap tidak jujur, malah curang dengan wanita lain. "Masalah saya dari awal perkahwinan, suami saya seorang penipu. Dia pernah curang dan mempermainkan kewangan keluarga. "Saya juga ada kerjaya sendiri dan sayalah juga menanggung makan minum suami, anak-anak serta komitmen yang lain," luahnya menerusi satu hantaran di Facebook. Seorang wanita mengakui banyak menanggung suami dan anak-anak. -Gambar hiasan Bercerita lanjut, kata wanita itu, dia terpaksa berbuat demikian kerana suaminya yang merupakan penjawat awam mempunyai gaji yang rendah. Namun siapa sangka, sepanjang tempoh perkahwinannya, suaminya mempunyai hutang keliling pinggang dari pinjaman bank sehingga ke Ah Long. ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing mengaku kerja ‘gomen’... Isteri dah 2 tahun tertipu, siap buat loan beli Honda fikir suami mampu bayar ARTIKEL BERKAITAN: Isteri lari ikut pakwe lama, tinggalkan anak-anak selepas suami bankrap - “Saya muflis pun sebab nak kayakan dia” "Dia suka membuat loan senyap-senyap sehingga lebih 60 peratus. Sepanjang tempoh 17 tahun, tiga kali dia kantoi hutang sembunyi-sembunyi. "Dan sayalah yang melangsaikan hutang suami pada Ah Long sebanyak RM10,000. Tiga kali kantoi jadi hutang RM30,000," ujarnya. Terbaharu, katanya, suaminya sekali lagi menimbulkan masalah selepas dia didatangi Ah Long. Wanita itu mengakui suaminya tidak menguruskan kewangan dengan baik. -Gambar hiasan Walaupun dia sendiri mula memantau hal kewangan suaminya bagi mengelakkan daripada terjerumus dengan hutang tetapi usahanya gagal. "Kad bank dia, statement bank dia, saya periksa setiap bulan. Slip gaji pun saya periksa setiap bulan. WhatsApp pendua app pun saya dah buat. "Tapi dia 'terlepas' juga menjalankan kegiatan tak bermoral dia. Hancur hati saya kerana terlalu lama bertahan," ujarnya sebak. Nak tunggu sampai Ah Long heret puan dan anak-anak ke? WARGA MAYA Ke mana pergi wang yang dipinjam suaminya daripada Ah Long bagaimanapun menimbulkan tanda tanya sehingga ke hari ini. "Saya tanya pada suami, beri pada siapa duit itu? Sedangkan semua saya yang bayar. Makan minum anak-anak semua. "Suami tidak memberi kerjasama yang baik, malah berdolak-dalik. Apakah perceraian jalan terbaik buat saya. Anak-anak pun sudah besar," katanya lagi. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan Di ruangan komen, luahan wanita itu meraih simpati warga maya yang berkongsi kata-kata semangat dan cadangan terhadap masalah yang dihadapi bersama suami. Ramai turut menyarankannya supaya lebih memikirkan keselamatan anak-anak kerana hutang Ah Long yang sering dibuat suami boleh mengundang risiko dan bahaya. "Dah berkali-kali kena tanggung hutang yang dibuat oleh suami yang tidak ada tanggungjawab, tapi masih lagi bertahan. Lebih elok hidup sendiri sebab semua urusan keluarga ditanggung sendiri. "Dah 17 tahun (kahwin) suami buat perangai pun masih tak boleh fikir ke cari jalan keluar. Nak tunggu sampai Ah Long heret puan dan anak-anak ke? "Jangan sebab puan mampu bayar hutang suami, alasan masih nak bertahan dengan dia. Dia saja je buat hutang sebab dia tahu ada yang membayar," komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube