ACARA keramaian seperti ekspo, karnival dan konsert kerap diadakan sejak kebelakangan ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang lelaki dikenali sebagai Maleek mendedahkan sisi gelap yang perlu dihadapi peniaga ketika menyertai program-program tersebut sebagai vendor makanan dan minuman (F&B). Menurut Maleek yang berniaga aiskrim, penganjur acara sering mengenakan caj sewa tapak cekik darah sambil menjanjikan pulangan 'bulan dan bintang' dengan kehadiran ramai pengunjung, namun hakikatnya acara berlangsung cuma indah khabar dari rupa. Gerai Scoopa Doopa Ice Cream yang menjadi kebanggaan Maleek. "Penganjur cakap berpuluh ribu orang akan datang, marketing event tu pun dikatakan akan menjadi viral, itulah justifikasi bayaran mahal nak masuk tapak. Tapi realitinya, lagi kami berniaga, lagi kami rugi. "Cuba bayangkan, sewa tapak untuk sehari je dah mencecah RM300 hingga RM1,000, kalau nak sewa tapak untuk tiga hari maksudnya kena keluar duit hampir RM3,000. "Contohnya kita berniaga air balang, memang kami terpaksa naikkan harga mencanak untuk secawan tu supaya ada untung sikit, tidaklah kosong atau paling merisaukan, terus rugi. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah ikat perut, jamah nasi dengan kuah... Pemuda berani berhenti kerja makan gaji, buka bisnes aiskrim ‘homemade’ ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga dedah bisnes aiskrim tetap makan modal besar... Hairan ’sifu’ FB dakwa boleh untung 1,000 peratus "Misalnya kita jual air secawan RM3, kalau terjual 150 cawan, baru lepas nak cover semula bayaran sewa tapak, itu tak termasuk lagi kos lain seperti modal, pengangkutan dan gaji staf. Itu yang air secawan boleh jadi sampai RM6," jelas Maleek. Maleek berkata antara cabaran lain adalah penganjur tidak membuat perancangan atau strategi jenis makanan dan minuman yang ditawarkan peniaga. "Kadang tu penganjur main lepas je semua vendor nak masuk menjual, kalau dalam satu event tu banyak gerai jual benda sama, memang sengit la persaingan," keluh Maleek. Saya cadangkan encik pergi imarahkan event yang dianjurkan oleh pelajar universiti, bayar sewa tapak murah je, yang serbunya pun ramai. WARGA MAYA Maleek seterusnya berkongsikan satu kisah sedih melibatkan seorang kanak-kanak, menyebabkan dia mula tawar hati untuk menyertai sebarang acara sebagai vendor F&B. "Ada seorang budak ni datang gerai aku, dia tanya satu aiskrim berapa? Aku cakap RM5, tapi dekat tangan dia nampak cuma pegang RM1.30. Budak tu pun macam hampa sebab tak cukup duit nak beli, dia cakap terima kasih je. "Sekali-sekala dalam situasi sebegini aku akan bagi aiskrim percuma atas dasar simpati, tapi jauh di sudut hati akan terasa sedih sebab kita tahu jualan kita 'barai', tak lepas pun nak cover balik bayaran sewa tapak. "Akhirnya aku buat keputusan untuk tak nak masuk lagi mana-mana acara berkaitan makanan, serik sudah. Sales teruk, penganjur gembira, kita yang sakit. Kanak-kanak gemar mengunjungi gerai Scoopa Doopa Ice Cream yang berwarna-warni. "Sekarang aku nak fokuskan jualan aiskrim pada katering dan majlis perkahwinan sahaja, di sini yang nampak ada sinar harapan, berbaloi dengan modal kita keluarkan," ujar Maleek menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya memberikan cadangan venue untuk dicuba Maleek yang boleh memberikan pulangan lumayan dengan sewa tapak yang rendah. "Saya cadangkan encik pergi imarahkan event yang dianjurkan oleh pelajar universiti, bayar sewa tapak murah je, yang serbunya pun ramai. InsyaAllah ada untung. "Sama juga untuk sekolah, cari event dekat situ, selalunya akan dapat sambutan yang baik, lagi-lagi encik jual aiskrim," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube