BARU saja diceraikan suami dengan talak tiga selepas 27 hari bergelar isteri, wanita ini terus ditimpa nasib malang apabila dituduh sebagai penipu. Menerusi satu hantaran yang tular, seorang pengguna Facebook mendakwa wanita berkenaan menipu suaminya sehingga menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit. "Inilah perempuan yang scam duit suami saya RM100,000, bawa lari. Doa orang teraniaya, Allah makbulkan. Satu sen pun aku tak halalkan dunia akhirat nanti kau carilah kami," tulisnya menerusi satu perkongsian di Facebook. Menerusi hantaran tersebut turut dimuat naik video pendedahan wanita itu mengenai kisah penceraiannya. Sepatutnya meraih simpati ramai kerana perkahwinannya hanya mampu bertahan selama kira-kira tiga minggu, sebaliknya wanita itu menerima kecaman gara-gara penularan dakwaan penipuan tersebut. Bagaimanapun, wanita berusia 36 tahun itu tampil menafikan dia telah menipu pihak berkenaan. Hantaran yang mendakwa Sarah (bukan nama sebenar) sebagai 'scammer'. Bercakap kepada mStar, Sarah (bukan nama sebenar) mengakui berlaku masalah ketika dia menjadi broker 'trading' sarung tangan pada 2021. "Saya bukan scammer. Itu cerita lama yang sudah selesai. Suami dia (individu yang mendakwa) juga rakan broker saya ketika itu. "Sudah bayar refund dan barang-barang sudah dihantar dan diterima pembeli. Selepas itu, saya masih mesej suaminya bertanyakan tentang produk dan peluang bisnes. "Jika saya di pihak yang salah, saya tak akan mesej atau komen lagi. Saya juga tidak tukar nombor telefon, masih guna yang sama... tiada sebab saya nak lari," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Baru 27 hari nikah, wanita dicerai talak tiga! Tahu suami angau dengan perempuan lain, tetap jaga makan minum, tempat tidur ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditangkap khalwat bersama 6 lelaki, tengah syok raikan parti bujang! Bakal suami enggan kahwin, nak tuntut ganti rugi Malah, Sarah turut mempersoalkan tindakan individu yang mendakwanya dengan berniat jahat sehingga menjejaskan imejnya di tempat kerja. "Dia viralkan muka saya selepas viral kisah saya diceraikan suami. Saya fikir tak adil kenapa baru sekarang? Adakah sebab kisah penceraian saya jadi viral? "Disebabkan posting (dakwaan) dia, ramai kecam saya. Mereka cakap saya terima kifarah dengan penceraian. "Ada yang komen saya banyak kali kahwin dan cerai. Sedang saya baru je kahwin dua kali," ujar ibu tiga anak itu. Bertimpa-timpa ujian yang saya terima. SARAH (BUKAN NAMA SEBENAR) Menurut wanita itu lagi, dakwaan tersebut turut menjejaskan imejnya yang mencari rezeki dalam bidang insurans kerana ia melibatkan kepercayaan orang ramai. "Saya sudah bayar, saya dan suaminya sama-sama rugi. Itu hal lama, bukannya saya menipu. Tapi sekarang ni dia sudah merosakkan imej saya di tempat kerja. "Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis sekiranya dia masih berterusan memalukan saya," katanya lagi. Sarah (bukan nama sebenar) mahu memberi tumpuan kepada anak-anak dan ibu selepas penceraian. Mengenai pihak ketiga didakwa sebagai punca penceraiannya, kata Sarah, perkara tersebut mula dihidunya sejam malam pertama dia berkahwin buat kali kedua dengan lelaki berstatus duda anak dua, pada 27 Julai lalu. Baginya, dia sedaya-upaya cuba mempertahankan rumah tangganya kerana mahu menjadikan perkahwinan kedua ini sebagai yang terakhir. "Bertimpa-timpa ujian yang saya terima. Ada orang ketiga dalam rumah tangga, saya diceraikan dan sekarang dimalukan kononnya saya scammer. "Sudahlah saya ada anxiety, depresi yang teruk sejak bercerai dengan suami yang pertama. Sekarang, saya mahu fokus pada anak-anak dan ibu," ujarnya lagi. Terdahulu, menerusi rakaman video, Sarah membuat pendedahan mengenai dirinya diceraikan suami dengan talak tiga selepas bernikah selama 27 hari, dengan mendakwa ia disebabkan pihak ketiga. Difahamkan, terdapat video berasingan yang merakamkan pertengkaran antara wanita itu dan suaminya di dalam sebuah rumah, sambil disaksikan oleh seorang individu lain dipercayai ‘orang ketiga’. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube